Ini tujuh saranan pastikan ekonomi tak lumpuh, rakyat tak sengsara
Ini tujuh saranan pastikan ekonomi tak lumpuh, rakyat tak sengsara. Majlis Perundingan Melayu (MPM) telah meneliti hasrat kerajaan menubuhkan Majlis Pemulihan Nasional (MPN).
Secara dasarnya kami bersetuju dengan hasrat itu. Hendaknya:
i. Keahliannya adalah di kalangan mereka yang benar-benar berkredibiliti;
ii. Locus standi-nya mengambil kira peruntukan Perlembagaan Persekutuan, terma rujukan jelas serta mandat konsisten dengan namanya, sebagai majlis tertinggi;
iii. Penubuhan MPN ini tidak ulangi kesilapan penubuhan Jawatankuasa Kabinet terdahulu yang sekadar mengaburi mata rakyat;
iv. MPN bukan satu badan selari atau setara dengan mana-mana Majlis sedia ada seperti Majlis Tindakan Ekonomi (EAC). Dikhuatiri ini akan terjadi kerana MPN ini juga dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri;
2. Dengan kenyataan sokongan itu MPM juga ingin berkongsi saranan yang terkandung didalam warkahnya kepada YAB Perdana Menteri, pada 16 Julai 2021, iaitu pada hari yang sama pengumuman penubuhan MPN.
MPM syorkan pelan tindakan ‘Peperangan Melawan Musuh Covid-19 & Pemulihan Ekonomi Yang Lumpuh’. Antara lainnya kami menyatakan:
i. Ombak kegawatan ekonomi (the great depression) telah membadai negara seawal 2019 lagi. Ia adalah fenomena global.
ii. Ketidakstabilan politik menyebabkan kerajaan ketika itu gagal sediakan pelan kontingensi tangani kegawatan ekonomi, dikatakan diantara yang paling buruk melanda seluruh dunia.
iii. Serangan wabak COVID-19 satu lagi fenomena global, iringi kegawatan ekonomi itu. Ia benar-benar menguji kebijaksanaan sesiapa juga yang memimpin negara ketika ini;
iv. Pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin adalah satu eksperimen politik, berdepan pelbagai ujian dari semua penjuru politik, lantas ia cetuskan kerenah mengganggu kerajaan menangani dua fenomena global itu;
v. Usaha pemulihan ekonomi amat membimbangkan kerana ia sentiasa dibayangi usaha menangani wabak COVID-19.
vi. Ekonomi kian lumpuh. Para pemain ekonomi tidak lagi mampu bertahan. Mereka memberanikan diri dan ambil risiko mencabar larangan kerajaan untuk kembali menggerakkan aktiviti ekonomi masing-masing.
3. Hakikatnya, negara sedang berperang. Musuhnya adalah virus yang telah kita buktikan mampu ditangani dengan berkesan.
Jika diterima realiti peperangan ini maka kerajaan wajib gerakkan sistem pertahanan negara yang lengkap dengan kekuatan bala tentera dan aset peperangan, bagi berperang melawan virus ini, dengan pada masa yang sama pastikan ekonomi tidak lumpuh dan rakyat tidak sengsara.
4. Sehubungan itu, MPM mengemukakan beberapa saranan untuk pertimbangan MPN menasihatkan kerajaan, melihat kepada kewajarannya dalam konteks keadaan darurat semasa:
i) Pertama: Kerajaan rombak keseluruhan strategi dan pendekatan perangi virus ini dan pemulihan ekonomi. Kedua-dua rombakan ini hendaklah libatkan pemegang-taruh berkepentingan, bukan hanya dipihak kerajaan saja.
Secara kolektif, hasilkan satu pelan tindakan bersepadu yang anjal mengikut kemajuan semasa;
Nazri kata tindakan ‘bocor’ mesyuarat MKT tepat demi kebenaran
ii) Kedua: Kerajaan runding dan pakat dengan semua institusi politik laksanakan gencatan politik demi rakyat. Pastikan bila Parlimen bersidang nanti, hendaknya ia diisi dengan perbahasan berkaitan agenda pemulihan negara;
iii) Ketiga: Kerajaan buka sepenuhnya semua sektor ekonomi dalam tempoh sebulan dari tarikh pengumuman dibuat.
Dalam tempoh itu seluruh kekuatan dan aset ATM dilatih dan disiapsiagakan bagi melindungi rakyat yang menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi, dari serangan COVID-19 dengan kawal selia terancang, terutama pematuhan SOP PKP ala tentera, yang diubahsuai khas bagi setiap pemain ekonomi, dan bimbingan kesihatan awam secara hands-on.
Dengan adanya jaminan ini, pemain ekonomi akan lebih yakin dan bertanggung-jawab tumpukan serta melipat-ganda usaha pemulihan ekonomi, berdasarkan pakej pemulihan masing-masing yang self-driven;
iv) Keempat: KKM teruskan rentak tangani wabak ini manakala MOSTI teruskan usaha vaksinasi dan PDRM/MKN kawal-selia pergerakan awam. Rata-rata rakyat berpuashati prestasi semasa dan kerjasama ketiga-tiganya. Jika saranan perkara kelima di bawah ini terlaksana, tugas yang digariskan dalam perkara ini akan lebih berkesan;
v) Kelima: Semua Hospital Pengajar @ IPT, Pasukan PALAPES @ IPT dan lain-lain badan Pertahanan Awam digerakkan (membantu KKM, PDRM dan ATM) menjalankan program pengembangan kesihatan awam, bagi mendidik masyarakat secara hands-on dan pastikan semua rakyat kompeten pertahankan diri masing-masing dari jangkitan virus ini dan mampu menyesuaikan kehidupan harian bersama wabak ini yang masih berada dalam persekitaran kehidupan kita semua;
vi) Keenam: Kementerian Kewangan sediakan pakej rangsangan ekonomi bersasar, terutama untuk selamatkan ratusan ribu PKS yang sudah pun gulung tikar.
Beberapa pakej rangsangan bersasar ini menjaringkan sebanyak mungkin bisnes PKS dengan sumber kewangan dan institusi perdagangan yang diperakui, maka pembiayaan yang disalurkan dapat dikesan ke mana ianya mengalir;
vii) Ketujuh: ICU hendaklah segera diperkasakan kembali dan ditugaskan sebagai Sekretariat Tetap MPN, kerana ia adalah agensi pusat jentera pentadbiran kerajaan yang ada locus standi dan kuasa menyelaras pelaksanaan apa juga inisiatif kerajaan.
Berdasarkan pengalaman ramai di kalangan kami di MPM yang pernah berkhidmat diawal era perlaksaaan DEB dahulu, keberkesanan ICU dengan jaringan pentadbirannya adalah di antara faktor kejayaan DEB.
5. Walaupun tidak diperincikan, isu ini juga sebenarnya peperangan dahsyat dihadapi Kerajaan ketika ini, iaitu melawan pihak-pihak bersifat mazmumah dikalangan mereka dalam institusi politik dan pentadbiran kerajaan-korporat.
Mereka bukan sekadar mengganggu apa juga pelan tindakan yang dirancang, dalam banyak hal mereka mensabotaj perancangan yang dibuat. Sebagai contoh:
a) begitu ramai di kalangan mereka ini menyertai gerakan antivaksin, mengelirukan rakyat dengan berbagai cara dan kaedah;
b) penyebaran begitu banyak berita palsu yang karut-marut, bertujuan memporak-perandakan kerajaan yang ada;
c) pembohongan yang dibuat secara terang-terangan oleh segelintir pemimpin;
d) gejala perebutan kuasa yang semacam tiada kesudahan, membuatkan rakyat meluat dengan institusi politik dan kepimpinan yang ada;
e) gejala salah-guna kuasa yang semakin menjadi-jadi, sekalipun rakyat sedang amat menderita;
f) gejala rasuah yang semacam tidak terkawal;
g) ada di antara mereka ini bersekongkol dengan gerakan ekonomi hitam yang merosakkan sistem ekonomi dan kewangan negara.
6. MPM percaya rakyat berani ambil risiko untuk berdepan dengan serangan virus ini jika ada bersamanya pasukan bala tentera yang dilatih khas bagi misi ini.
Ia adalah satu peperangan yang rakyat berani bersama di barisan hadapan. MPM juga yakin usaha kerajaan membuka pintu ekonomi seluas-luasnya, malah digalakkan lagi untuk semua pemain ekonomi melipatgandakan usaha memulihkan ekonomi, akan disambut baik oleh rakyat.
Rakyat akan bersama kerajaan bila mereka tahu kerajaan ada bersamanya.
Ketahuilah, sejak kebelakangan ini ratusan NGO berarak ke Istana menyerahkan memorandum mohon perkenan campur-tangan Istana memulihkan keyakinan rakyat terhadap pemerintah (dan kerajaan).
Hendaknya petanda seperti ini difahami, dihayati dan diambil tindakan bijaksana dan pantas oleh kerajaan.
Selamat Menyambut Aidiladha
Setiausaha Agung MPM
Datuk Dr Hasan Mad
Ini tujuh saranan pastikan ekonomi tak lumpuh, rakyat tak sengsara
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin kata 100% dewasa telah divaksin menjelang Oktober
- Political genius atau Pak Pandir moden
- Pencerobohan haram: PBB hanya keldai tunggangan Yahudi
- UMNO tarik sokongan kerana masalah ‘kepimpinan’
- Jaafar Onn dikecam kerana main TikTok
- Resepi Rendang Daging Padang Asli
‘Mereka’ jahanamkan impak ekonomi bernilai RM500 billion begitu sahaja – Najib Razak