Firdaus Wong jawab kritikan netizen

Firdaus Wong jawab kritikan netizen

Menyokong kebenaran atas dasar prinsip – Firdaus Wong

LIHATLAH apa yang dikatakan, jangan lihat siapa yang berkata. Itu kata-kata alim ulama yang sering diungkapkan para penceramah.



Ini terutama dalam perihal mencari kebenaran kerana perkara itu melibatkan prinsip.

Sebab itu, bagi Firdaus Wong, pendakwah itu mengajak pengikut media sosialnya baru-baru ini untuk kembali kepada ajaran Rasulullah SAW.

Katanya, berpeganglah kepada prisinp kebenaran tanpa mengira siapa pun dia, pangkat, harta mahu pun popularitinya.

“Berkata benar walaupun pahit dan terima kebenaran walaupun sukar. Sahabat nabi faham ini,” kata pengasas pertubuhan Multiracial Reverted Muslim (MRM).



Jelas Firdaus Wong, sudah pasti beliau tidak akan menukar prinsipnya yang sentiasa menyokong kebenaran hanya kerana ada yang mengugut untuk unfollow beliau di media sosial.

Tegasnya, prinsip menyokong kebenaran dan mencegah kemungkaran tanpa melihat siapa pun individu tersebut akan kekal dipegangnya.

Sehubungan itu, beliau melemparkan beberapa persoalan kepada mereka yang mengungutnya supaya berfikir sejenak.

“Kita follow atau sokong seseorang di media sosial atas dasar apa?



“A) Kerana Prinsip kebenaran yang dibawa?
B) Kerana popular
C) Kerana rupa para
D) Kerana individu itu bercakap apa yang suka
E) Kuasa, pangkat yang dimilikinya.

“Kalau pihan anda selain dari A maka pilihan anda adalah berdasarkan ketaksuban jahiliah yang tidak objektif kenapa?

“Kerana individu itu betul atau salah, anda tetap menyokongnya. Itu sikap orang jahiliah sebelum Islam,” katanya.

Firdaus kemudian mengingatkan bahawa ‘menyokong atas dasar prinsip itu sunnah’ tetapi ‘menyokong atas kefanatikan itu jahiliah’.



Dengan sarat makna, kata Bro Firdaus Wong: “pilihan pada diri kita.”

Firdaus kemudian memetik kata-kata Ibu Mas’ud Radhiyallahu berkata:

“Ingatlah. Jangan sekali-kali salah seorang di antara kalian bertaqlid kepada seseorang dalam masalah agama; jika idolanya beriman, ia ikut beriman; dan jika idolanya kufur, ia ikut kufur.

“Sesungguhnya tidak ada tauladan pada manusia.”



Firdaus baru-baru ini turut menjadi perhatian ramai apabila memberi kata-kata sokongan kepada seorang penyanyi rap yang juga aktivis dalam kemelutnya bersama pendakwah terkenal.

Bagi pemimpin MRM itu, beliau berpegang teguh dengan prinsip yang betul tetap betul dan salah tetap salah tanpa mengira sesiapa.

Terdahulu, penyanyi Caprice membangkitkan rasa tidak puas hatinya terhadap beberapa perkara dengan Ustaz Ebit Lew hingga dunia media sosial Malaysia hangat memperkatakannya.

Ini susulan dakwaan Caprice terhadap tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaannya di Gaza baru-baru ini. Utv



Firdaus Wong jawab kritikan netizen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker