Kartunis karikatur Nabi, mati kerana sakit misteri

Kartunis karikatur Nabi, mati kerana sakit misteri

Kurt Westergaard, kartunis Denmark yang menimbulkan kemarahan umat Islam selepas membuat karikatur Nabi Muhammad SAW, meninggal dunia pada usia 86 tahun.

BBC memetik akhbar Berlingske melaporkan, Westergaard meninggal dunia setelah sekian lama derita sakit yang tidak dinyatakan.



Westergaard merupakan kartunis akhbar Jyllands-Posten sejak awal 1980-an.

Dia mencipta nama yang buruk dan teruk dihentam umat Islam kerana kontroversi karikatur mengenai Nabi Muhammad di akhbar.

Karikatur itu mendorong tunjuk perasaan di Denmark, sementara kerajaan menerima kritikan dari negara-negara Islam.

Kemarahan itu memuncak dalam tunjuk perasaan di seluruh dunia Islam pada Februari 2006.



Penerbitan karikatur itu telah meninggalkan warisan yang berkekalan. Pada 2015, 12 orang terbunuh dalam serangan di pejabat majalah satira Perancis, Charlie Hebdo, yang telah menerbitkan karikatur tersebut.

Setelah penerbitan itu, Westergaard menerima banyak ancaman.

Kartunis karikatur Nabi, mati kerana sakit misteri

 


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Polis sahkan ‘Surat Azmin’ kini tidak laku untuk rentas negeri

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker