Durian Tembaga setaraf durian kayangan
Durian Tembaga setaraf durian kayangan
MARAN: Varieti durian Tembaga iaitu jenis durian kampung begitu popular zaman berzaman dan digemari peminat raja buah itu sebelum wujudnya durian klon di negara ini.
Durian yang isinya tebal berwarna kuning dan lemak manis itu semakin sukar diperoleh berikutan pokoknya banyak mati atas faktor usia melebihi 100 tahun.
Rasa durian Tembaga lebih enak dan tidak muak berbanding durian versi moden seperti Musang King yang berharga ‘kayangan’.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, pekebun durian, Faizah Awang Boh, 62, daripada 50 jenis pokok durian dikebunnya yang berkeluasan kira-kira 1.3 hektar di Jalan Pekan Sehari Kampung Awah di sini, 10 pokok merupakan durian Tembaga berusia lebih 100 tahun.
“Bentuk buah durian Tembaga lonjong, bertangkai panjang dan saiznya agak kasar. Terdapat dua ke tiga ulas sepangsa beraroma begitu menyelerakan.
“Batang pokok durian tembaga cukup besar dan tinggi manakala usianya boleh mencecah lebih 100 tahun menghasilkan sehingga 150 biji sepokok.
“Saya jual selonggok tiga biji durian Tembaga bersaiz sederhana hanya RM100,” katanya di sini semalam.
Faizah berkata, kebun miliknya adalah warisan arwah datuknya, Syed Hussien Syed Idrus kepada arwah ibunya, Sharifah Halimah Syed Hussien yang meninggal dunia dua tahun lalu pada usia 90 tahun.
“Di kebun ini terdapat lebih 11 jenis durian kampung yang dijamin sedap antaranya durian kepala gajah, durian emas, bawang, bantal, kunyit, mas kuning, jantung, belimbing, hijau dan tebuan,” katanya. Utusan
Durian Tembaga setaraf durian kayangan
Baca Artikel Menarik :
- Ciapan Takiyuddin mendapat reaksi Puad dan Shabery
- Sesak di tol Gombak, rentas untuk sambut Aidiladha?
- Najib bela Ebit Liew
- Ameera Khan Dikecam Lagi, Bertudung Tapi Baju Ketat
- Penduduk resah kemunculan keranda terbang, hantu ketuk pintu
- Resepi Biskut Arab 3 Warna
Kluster menteri buat keputusan songsang
You must be logged in to post a comment.