Warga emas maut basikal digilis treler
Warga emas maut basikal digilis treler
SLIM RIVER: Seorang wanita warga emas maut setelah basikal yang ditunggangnya digilis sebuah treler di kilometer (KM) 104 Jalan Persekutuan berdekatan lampu isyarat Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, pada pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Supt. Sulizmie Affendy Sulaiman, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.15 pagi.
Katanya, siasatan mendapati mangsa yang berusia 58 tahun itu datang dari arah Behrang, sebelum digilis sebuah treler dari arah belakang.
“Apabila sampai di lampu isyarat telah meneruskan perjalanan ke arah Sungkai.
“Kemudian sebuah treler yang dipandu seorang lelaki berumur 39 tahun yang datang dari arah belakang telah menggilis basikal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Ujarnya lagi, akibat kemalangan itu mangsa terjatuh dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa dibawa ke Hospital Slim River bagi tujuan post mortem, manakala pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun.
“Dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada RM 20,000 dan tidak lebih daripada RM 50,000 jika sabit kesalahan,” katanya.-Awani
Warga emas maut basikal digilis treler
Baca Artikel Menarik :
- Ciapan Takiyuddin mendapat reaksi Puad dan Shabery
- Sesak di tol Gombak, rentas untuk sambut Aidiladha?
- Najib bela Ebit Liew
- Ameera Khan Dikecam Lagi, Bertudung Tapi Baju Ketat
- Penduduk resah kemunculan keranda terbang, hantu ketuk pintu
- Resepi Biskut Arab 3 Warna