Remaja Hidap Tumor Jalani Pembedahan Cabut 82 Batang Gigi

Sebaran :

Remaja Hidap Tumor Jalani Pembedahan Cabut 82 Batang Gigi

SEORANG remaja dari India mengejutkan netizen kerana mempunyai 82 batang gigi ‘tambahan’!

Nitish Kumar, 17, menderita tumor kompleks yang dikenali sebagai ‘odontome’ di rahangnya sejak lima tahun lalu.

Nitish dilaporkan menanggung derita selama bertahun-tahun dan keadaannya bertambah buruk kerana tidak mendapatkan rawatan.

Imbasan yang dilakukan menunjukkan wajahnya senget kerana gigi yang berlebihan dan ‘sekumpulan’ gigi yang besar dilihat tumbuh di bahagian bawah rahangnya.

Doktor di Institut Sains Perubatan Indira Gandhi (IGIMS) berjaya melakukan pembedahan terhadap remaja tersebut baru-baru ini.

“Selama operasi, kami mendapati bahagian gigi tumbuh di bahagian belakang rahang yang dapat ‘menumbuhkan’ 82 gigi.

Pesakit kini sihat dan akan dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi,” kata doktor. – India.com

Remaja Hidap Tumor Jalani Pembedahan Cabut 82 Batang Gigi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

 

Banjir Jerman: 110 disahkan maut, 1,300 hilang [VIDEO]

 


Sebaran :

Leave a Reply