Kes curi RM85,000 di Mini Dhaka, 3 anggota disambung reman – Ayob Khan

Kes curi RM85,000 di Mini Dhaka, 3 anggota disambung reman – Ayob Khan

Tiga anggota polis yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes kecurian membabitkan wang tunai RM85,000 disambung reman selama empat hari sehingga Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata tindakan itu bagi membolehkan siasatan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.



“Saya nak tegaskan bahawa kita terus buat siasatan selepas menerima maklumat insiden membabitkan tiga anggota dan menahan semua mereka.

“Jadi tiada isu hendak lindungi pegawai atau anggota kita (polis), kita tidak akan bertolak ansur, kalau ada pegawai yang ditahan dan dituduh, kita akan menjalankan siasatan.

“Kalau ada asas kita akan tangkap mereka dan tidak akan melindungi pegawai atau anggota,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.



Katanya, kejadian itu tidak akan melemahkan pihaknya untuk menjalankan operasi terhadap penempatan warga asing.

Tiga anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) itu ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kes kecurian wang tunai RM85,000 di sebuah premis di Lebuh Pudu, di sini, yang diserbu dalam Operasi Khas (Op Khas) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Khamis lalu.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid, dilaporkan berkata polis menerima laporan kejadian jam 12.36 tengah malam pada 22 Disember dan tiga anggota berusia 26 hingga 35 tahun yang dipercayai terbabit ditahan.

Semua suspek ditahan selama empat hari bermula 23 sehingga 26 Disember. BH



Kes curi RM85,000 di Mini Dhaka, 3 anggota disambung reman – Ayob Khan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton



CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan



Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker