Sharnaaz Ahmad Tegur Isu Caprice Dengan Ebit Lew [VIDEO]
“Apa Masalahnya Brother? You Buat Kami Hilang Rasa Hormat” Sharnaaz Ahmad Tegur Isu Caprice Dengan Ebit Lew
KEKECOHAN yang ditimbulkan penyanyi rap Caprice tentang cerita belakang tabir membabitkan personaliti dakwah Ebit Lew di Gaza cukup mengejutkan banyak pihak.
Rata-rata masih celaru dengan apa yang berlaku namun jelas tindakan Caprice atau Ariz Ramli, 33, itu mencetuskan pelbagai tanda tanya mengenai misi bantuan kemanusiaan mereka di bumi Palestin.
Pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, antara yang kecewa dengan perbalahan membabitkan dua tokoh berkenaan
“Orang sedang tengok anda di sana, tak perlu nak cipta gelombang tertentu seperti nak dedahkan sesuatu yang besar… apa masalahnya brother?
“Anda adalah orang yang baik, mungkin wujud isu mental kerana apa yang anda lihat di sana tak seperti yang dibayangkan.
“Saya kenal anda, memang ada benda yang anda cakap pakai otak… tapi sekarang anda buat perkara yang buatkan kami hilang rasa hormat, jangan buat benda mcm ni,” katanya.
Sharnaaz berkata demikian ketika menyertai sesi Instagram live bersama Caprice pada tengah malam Jumaat.
Terdahulu Caprice mencetuskan kontroversi dengan mendedahkan tegurannya terhadap Ebit selepas dia menerima rungutan daripada rakyat Gaza tentang cara pendakwah berkenaan menghulurkan bantuan
Bukan itu sahaja, Ebit turut dilihat menyekat akaun Instagram Caprice.
Dalam pada itu Sharnaaz turut menegur perlakuan Caprice yang menurutnya tidak profesional.
“Ada cara nak selesaikan, sebelum ni orang pandang tinggi pada anda. Tapi sekarang ni orang nampak anda bergaduh sesama sndiri… gaduh dengan team Ebit.
“Jangan jadi perangai budak-budak la mat! Kita dah besar, kita ni mewakili negara dan Islam.
“Tolonglah selesaikan secara senyap, buat cara baik dan uruskan dengan betul tapi jangan cetuskan kontroversi yang tak sepatutnya,” katanya.
Pada sesi yang disaksikan hampir 250,000 pengguna Instagram itu, Caprice turut menitiskan air mata apabila Sharnaaz memintanya segera selesaikan misi di Gaza dan pulang ke Malaysia.
Bagaimanapun kata Caprice dia belum bersedia untuk pulang selagi masalah politik yang berlaku di tanah air tidak diselesaikan dengan baik.
“Saya minta maaf kalau ada yang terasa hati tentang isu ustaz Ebit Lew. Sesiapa pun kalau salah kita kena tegur,” katanya-mSTAR
“Apa Masalahnya Brother? You Buat Kami Hilang Rasa Hormat” Sharnaaz Ahmad Tegur Isu Caprice Dengan Ebit Lew
Baca Artikel Menarik :
- TH berdepan beberapa risiko jika diletakkan di bawah BNM
- ok Mat kata pelan pemulihan negara perlu segera
- UMNO Kepentingan Pertiwi Diutamakan
- Janna tayang punggung, netizen yang panas
- Muka Selebriti Ini Selepas Buat Pembedahan Plastik…Beza Memang Berbeza
- Resepi asam pedas ekor terangkat
Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’
You must be logged in to post a comment.