Varian Delta merebak dalam 15 saat

Varian Delta merebak dalam 15 saat

Varian baharu Delta boleh merebak dalam masa 15 saat saja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berbanding kes positif COVID-19 sebelum ini, beliau berkata, individu yang terdedah boleh menjangkitkan virus berkenaan dalam jangka masa kurang dari 15 minit dengan jarak satu meter.



“Sifat virus ini berubah. Dengan varian Delta ini, dalam tempoh masa 15 saat boleh merebak dan jangkitan melalui udara.

“Disebabkan itu, walaupun sudah divaksinasi, kita nasihatkan orang ramai untuk kekal memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

“Masyarakat juga perlu elak berada di tempat yang sesak atau sempit kerana jangkitan boleh berlaku di kawasan yang tidak mempunyai pengudaraan yang baik.

“Tampil ke hadapan untuk mendapatkan vaksin kerana kita yakin ini dapat membendung kita daripada mendapat jangkitan COVID-19 yang lebih teruk,” katanya dalam sidang media hari ini.



Dr Noor Hisham berkata, sebagai contoh, Wilayah Persekutuan Labuan sebelum ini menunjukkan peningkatan kes yang mendadak kerana terdapat varian Delta.

“Sebelum ini jangkitan di Labuan meningkat sebanyak 1,340 kes dalam masa satu minggu. Kita kesan terdapat jangkitan varian Delta yang dibawa oleh pekerja industri perkapalan.

“Dalam masa yang sama kita pertingkatkan tindakan kesihatan awam, termasuk program vaksinasi.

“Bila pemberian dos kedua mencecah lebih 52 peratus di Labuan, kita lihat kes di wilayah berkenaan sudah boleh dikawal dan kini hanya ada sekitar 26 kes dilaporkan,” katanya.



Katanya, walaupun terdapat penularan varian Delta di Labuan, disebabkan terdapat peningkatan program pemberian vaksinasi, jumlah kes berjaya dikawal dengan sebaiknya.

“Jumlah kes di Labuan ketika itu sangat tinggi, disusuli Kuala Lumpur dan Selangor. Tindakan kawalan vaksinasi ini ternyata mampu membendung penularan. Dalam masa tiga minggu sahaja, ia sudah mampu dikawal,” katanya.

Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2 itu pertama kali dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu.

Sehingga kini varian sudah merebak lebih 100 negara termasuk Malaysia. BH



Varian Delta merebak dalam 15 saat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker