Mereka hanya cemburu – Tyson

Mereka hanya cemburu – Tyson

Mike Tyson menganggap mereka yang mengkritik pertarungannya dengan Jake Paul adalah kerana cemburu dengan popularitinya.

Bulan lalu Tyson mengumumkan dia akan kembali ke gelanggang untuk bertarung dengan bekas YouTuber berusia 27 tahun itu di Stadium AT&T yang berkapasiti 80,000 penonton pada 20 Julai, dan perlawanan itu akan disiarkan secara langsung menerusi Netflix.



Bekas juara heavyweight dunia dua kali itu akan mencecah usia 58 tahun apabila memasuki gelanggang, dan promoter Eddie Hearn mendakwa ia sangat menyedihkan yang dia kembali bertarung, manakala bintang tinju Mexico, Canelo Alvarez berkata dia tidak berminat dengan pertarungan itu.

Tyson bersara daripada bertinju pada tahun 2005, dan hanya mengharungi satu perlawanan pertunjukan menentang seorang lagi legenda tinju, Roy Jones Jr, tetapi dia rasa berbilion peminat akan menyaksikan pertarungannya dengan Paul walaupun dia sudah lama tidak memasuki gelanggang.

“Saya 58, jadi mengapa? Saya mendapat berbilion tontonan hanya dengan bercakap tentang perlawanan itu.

“Setiap orang, termasuk kebanyakan atlet, mereka cemburu. Anda tidak dapat memenuhkan arena. Siapa pada usia 58 tahun mampu memenuhkan arena 80,000? Anda fikir kenapa dia mahu menentang saya dan bukan orang lain?



“Semua petinju mahu bertarung dengannya. Tetapi jika dia menentang mereka, hanya orang yang mengikutinya akan datang. Keluarga mereka pun mungkin tidak akan datang menonton,” kata Tyson. BH

Mereka hanya cemburu – Tyson

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk

Datuk Red mengaku ‘scammer’



Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024

‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker