Komen bendera putih Muhyiddin ditempelak netizen

Komen bendera putih Muhyiddin ditempelak netizen

Ahli Parlimen pembangkang dan netizen menempelak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kerana berkata tidak perlu menaikkan bendera putih kerana kerajaan menyediakan bakul makanan kepada golongan memerlukan untuk mengharungi pandemik Covid-19.

Muhyiddin selepas melawat pusat agihan bantuan makanan di Putrajaya hari ini berkata: “Tak payah naik bendera putih, hitam. Nak naik bendera biru (merujuk warna lambang Perikatan Nasional) tak apa (ketawa).”

Beliau juga berseloroh dengan berkata: “Saya rasa, kalau turun ke banyak rumah ni tengok kat dapur, dah penuh dah kot (ketawa).”

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, menyifatkan perdana menteri berdelusi kerana tidak tahu apa yang sedang berlaku di lapangan ketika ini.

“Saya mahu mengingatkan beliau, ada banyak orang yang kelaparan, dengan hanya satu hidangan sehari, di Malaysia ketika ini.

“Itu realiti di lapangan hari ini. Bakul makanan ibarat menggunakan pembalut luka ketika anda menghidap kanser,” kata wakil rakyat DAP itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, yang pejabatnya menambah jumlah bakul makanan daripada 50 kepada 150, berkata peruntukan tambahan RM300,000 yang diberikan kepada Ahli Parlimen baru-baru ini untuk membeli bakul makanan bagi keluarga memerlukan di kawasan mereka tidak mencukupi.

Wakil rakyat PKR itu mendapati perintah kawalan pergerakan penuh membawa kesan besar kepada pendapatan rakyat, dan berkata semakin sukar untuk mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan walaupun menggunakan pelbagai jaringan ADUN, NGO, badan pengurusan pangsapuri, dan persatuan berkaitan.

“Pun begitu, kami tidak dapat mengenal pasti semua orang yang memerlukan bantuan. Jika rakyat mengibarkan bendera putih, ia membantu kami memfokuskan mereka yang memerlukan bantuan.”

Kempen bendera putih inisiatif masyarakat untuk keluarga yang terdesak dan memerlukan makanan serta bantuan lain dengan mengibarkan bendera putih.

Di media sosial, netizen turut membidas kenyataan Muhyiddin. Pengguna Twitter @DrAmarMOH menulis “mungkin kita hidup di dunia berlainan?”

Seorang lagi pengguna, @EjadJaszle berkata, komen perdana menteri kurang empati dan tidak berdasarkan bukti, manakala @sangkancilguru berkata, kenyataan Muhyiddin mengenai dapur penuh dengan bekalan makanan mungkin merujuk kawasan perumahan mewah.

“Beliau maksudkan dapur di Bukit Damansara.” FMT

Komen bendera putih Muhyiddin ditempelak netizen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker