52 maut kebakaran wad COVID-19 di Iraq

52 maut kebakaran wad COVID-19 di Iraq

NASIRIYAH: Sekurang-kurang 52 terkorban, manakala 22 lagi cedera dalam kebakaran wad pengasingan COVID-19 di sebuah hospital di Iraq, semalam, menurut pegawai kesihatan.

Kebakaran maut yang kedua seumpama itu dalam tempoh tiga bulan di Iraq berkenaan menyaksikan api tercetus di Hospital Al-Hussein, di sini, lewat malam tadi, sebelum berjaya dikawal pasukan pertahanan awam tempatan.



“Punca utama kebakaran itu ialah letupan tangki oksigen,” kata sumber perubatan dengan pihak berkuasa kesihatan kepada AFP.

Jurucakap pihak berkuasa kesihatan tempatan, Haydar al-Zamili, berkata 52 mayat ditemui dan 22 mangsa lagi mengalami kecederaan, setakat awal pagi tadi, selepas api menjilat wad pengasingan COVID-19.

“Usaha mencari dan menyelamat sedang diteruskan,” katanya sambil memaklumkan dikhuatiri masih ada mangsa terperangkap dalam bangunan itu.

Wad terbabit dilapor boleh menempatkan hingga 70 katil pesakit.



Dalam pada itu, puluhan orang yang berang, mengadakan tunjuk perasaan di luar hospital berkenaan selepas insiden terbabit.

Kebakaran itu turut mencetuskan gesaan dalam media sosial supaya tindakan tegas diambil, malah menuntut pegawai atasan untuk meletakkan jawatan.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan darurat di kawasan pentadbiran Gabenor Dhi Qar di mana Nasiriyah adalah ibu kotanya, serta mengarahkan doktor sedang bercuti supaya kembali bertugas untuk merawat mangsa yang cedera.

“Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhemi, mengadakan mesyuarat kecemasan dengan menteri dan ketua pasukan keselamatan bagi mengenal pasti punca kebakaran itu,” menurut pejabatnya melalui Twitter, hari ini.



Selain itu, katanya, teraju kesihatan di Dhi Qar dan ketua hospital terbabit sudah ditahan serta disoal siasat oleh polis.

Al-Kadhemi juga mengerahkan penghantaran bantuan perubatan kecemasan ke lokasi kejadian. BH

52 maut kebakaran wad COVID-19 di Iraq


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker