204 petugas PPV IDCC positif Covid-19

204 petugas PPV IDCC positif Covid-19, kata Khairy

Seramai 204 petugas di pusat pemberian vaksin (PPV) IDCC Shah Alam disahkan positif selepas menjalani ujian saringan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, saringan terhadap semua 453 petugas dibuat selepas pihak Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menerima laporan bahawa dua petugas di PPV berkenaan didapati positif Covid-19 pada 10 Julai.

“Sebaik sahaja saya dapat maklumat keputusan saringan 11 malam semalam daripada makmal, saya telah arahkan untuk tutup PPV IDCC serta-merta bagi kerja-kerja sanitasi dibuat oleh pihak bomba, dan PPV ini akan dibuka semula esok,” katanya pada sidang media.



Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam akan ditutup pada Selasa (13 Julai) selama sehari susulan terdapat kes positif COVID-19 dikesan membabitkan petugas di pusat berkenaan.

Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam satu kenyataan di Twitter awal pagi Selasa, penutupan itu bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

“Langkah segera penutupan ini diambil hasil daripada keputusan ujian COVID-19 yang diperoleh malam tadi (Isnin) bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan,”ujar CITF.

204 petugas PPV IDCC positif Covid-19




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Michael Ang sekolahkan Rita isu vaksin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker