Sotong Kayangan kembali lagi

Gambar resit sebuah restoran popular di George Town yang tular di media sosial hari ini.

 

GEORGE TOWN – Pelanggan sebuah restoran popular berkongsi gambar resit seekor sotong goreng berharga RM100 yang tular di media sosial sejak semalam.

Berdasarkan paparan resit berkenaan, pelanggan tersebut menikmati menu itu bersama dua pinggan nasi putih, telur masin (dua) dan sayur kira-kira pukul 5.30 petang pada Isnin lalu.

Harga yang tertera pada resit yang dipercayai untuk dua orang makan itu adalah sebanyak RM108.30, namun individu yang memuat naik gambar tersebut hanya meletakkan keterangan yang berbunyi: “Sotong goreng RM100”.



Sebelum ini restoran berkenaan tular di media sosial apabila seorang pelanggan berkongsi resit yang memaparkan harga bagi dua ekor sotong goreng segar yang mencecah harga RM100 sehingga mendapat kecaman netizen.

Namun, menurut wakil restoran, harga kesemua makanan yang dijual telah disenaraikan dengan jelas termasuk hidangan sotong yang dijual antara RM10 dan RM150 seekor berdasarkan saiznya.

Sementara itu, perkongsian gambar resit itu yang berlatar belakang logo kereta jenis Honda berwarna putih berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.

“Padahal dia nak beritahu setakat sotong goreng RM100 je, tiada hal. Janji ada logo H, Honda,” tulis Faizal di ruangan komen.



“Sudah banyak kali. Ramai orang yang terkena kat sini,” kata Mohd. Kasim Selamat. – KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin



Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker