Zahid kata tarik sokongan bukan kerana UMNO mahu PRU-15 sekarang
Zahid kata tarik sokongan bukan kerana UMNO mahu PRU-15 sekarang. Keputusan UMNO menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan bertujuan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya menjelaskan, PRU15 hanya boleh diadakan selepas negara mencapai imunisasi kelompok dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat membentuk sebuah kerajaan yang stabil agar Malaysia bangkit dari kesan pandemik Covid-19.
Beliau berkata, keputusan UMNO itu berdasarkan tujuh sebab mustahak di mana selepas Muhyiddin berundur, Perdana Menteri baharu perlu dilantik untuk suatu tempoh terhad dengan fokus kepada usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik.
“Menangani Covid-19 secara inklusif dan memastikan proses vaksinasi rakyat disegerakan. Setelah mencapai imunisasi kelompok, barulah Perdana Menteri baharu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan PRU15.
“Jadi, mana datang cerita UMNO tarik balik sokongan supaya PRU15 diadakan semasa pandemik sedang berleluasa?” soalnya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Isnin.
Pada 7 Julai lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam satu mesyuarat membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin berkuatkuasa serta-merta dan meminta Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu meletak jawatan.
Ahmad Zahid berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi digariskan parti terbabit.
Zahid kata tarik sokongan bukan kerana UMNO mahu PRU-15 sekarang
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin perlu contohi Pak Lah berundur secara terhormat – Ibrahim Ali
- Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak
- Kuli Mahu UMNO berpisah dengan Bersatu
- Jangan terkinja-kinja dalam TikTok tetapi poket kosong – DSV
- Wanita pecah cermin van dakwa kereta dihimpit [VIDEO]
- Resepi Almond Nutella Cookies Rangup
Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Lepas Mengadu Sakit Kepala [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.