Mohd Bakke dilantik Pengerusi Petronas

Tan Sri Mohd Bakke Salleh dilantik Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) baharu bagi menggantikan Tan Sri Ahmad Nizam Salleh berkuat kuasa pada 1 Ogos ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, peralihan tersebut susulan pelantikan Ahmad Nizam sebagai Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) yang berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

“Perdana Menteri mengucapkan ribuan terima kasih atas kepimpinan dan sumbangan Ahmad Nizam selama tiga tahun sebagai Pengerusi Petronas.

“Berdasarkan pengalaman beliau selama 37 tahun berkhidmat di Petronas dalam pelbagai jawatan, beliau telah berjaya mengemudi syarikat berkenaan mengharungi cabaran terbesar yang dihadapi negara dan dunia termasuk ketidaktentuan harga minyak dunia dan krisis pandemik Covid-19.

“Petronas masih kekal mempunyai penilaian kredit antarabangsa yang baik dan merupakan syarikat unggul negara yang tersenarai dalam ‘Fortune Global 500,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Mohd Bakke merupakan ahli korporat yang berpengalaman luas dan telah berkhidmat dalam pelbagai bidang ekonomi serta kewangan.

“Diharapkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh beliau serta sokongan padu daripada lembaga pengarah dan pasukan pengurusan sedia ada, akan dapat membawa Petronas melalui tempoh mencabar sekarang ke tahap yang lebih cemerlang,” ujarnya.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Ahmad Nizam akan kekal sebagai Pengerusi kumpulan syarikat KLCC.

“Pengalaman beliau di Petronas dan dalam pengurusan hartanah utama di KLCC akan membawa nafas baharu kepada hala tuju dan pengurusan PHB dalam meningkatkan pemilikan Bumiputera terhadap hartanah komersial negara,” jelas kenyataan itu.

Pada masa sama, Pejabat Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang meneruskan program untuk mentransformasi syarikat- syarikat berkaitan kerajaan supaya terus kukuh dan bersedia menghadapi fasa pemulihan pasca Covid-19 dalam norma baharu.

“Perubahan akan dilaksanakan dari masa ke masa,” katanya.

Mohd Bakke dilantik Pengerusi Petronas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


50 MT UMNO mahu Muhyiddin berundur

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker