Jamal sempat hibur ketika menerima vaksin

Jamal sempat hibur ketika menerima vaksin

“Alhamdulillah, saya sudah menerima suntikan pertama vaksin Pfizer di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 19, Selangor, semalam,” kata penyanyi, Datuk Jamal Abdillah.

Jamal, 62, berkata dia juga berasa bertuah kerana kehadirannya disambut oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Sha’ari Ngadiman.

“Layanan mereka sangat baik dan saya amat berbesar hati untuk meluangkan masa kira-kira dua jam bersama dengan petugas barisan hadapan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bahkan saya pun tidak kisah untuk menyampaikan lagu Kekasih Awal dan Akhir sebagai tanda penghargaan dan niat mahu menghiburkan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Jamal juga berpesan kepada orang ramai khasnya golongan warga emas agar usah berasa ragu untuk menerima suntikan vaksin.

“Jangan takut untuk dapatkan suntikan vaksin ini. Jika kurang pasti, dapatkan info daripada anak-anak dan saudara-mara bagi memudahkan urusan suntikan vaksin disegerakan.

“Seperti yang kita ketahui, golongan warga emas amat berisiko dan kita risau jika mereka terlambat untuk mendapatkan vaksin.

“Jadi, saya harap pihak KKM perlu akan mencari jalan untuk proses pemberian vaksin kepada penduduk kampung dipercepatkan,” ujarnya.

Jamal turut mencadangkan kepada KKM agar prihatin terhadap warga emas di luar bandar dengan mendekati mereka supaya urusan pemberian vaksin dipercepatkan. HM

Jamal sempat hibur ketika menerima vaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker