Pelantikan Zafrul berkesan jika moratorium tanpa faedah

Pelantikan Zafrul berkesan jika moratorium tanpa faedah

Lim Guan Eng menyifatkan pelantikan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) hanya berkesan jika beliau mengarahkan supaya moratorium pinjaman bank diberikan tanpa faedah.

Ini kerana, bekas menteri kewangan itu berpandangan, golongan pekerja sedang menghadapi pengurangan pendapatan atau hilang pendapatan jika mereka diberhentikan kerja.



“Banyak perniagaan mengalami pengurangan aliran tunai secara drastik dan penutupan perniagaan adalah ancaman yang benar. Namun beberapa bank masih mencatatkan keuntungan tertinggi bagi suku pertama tahun ini, menyambung keuntungan selepas cukai yang sihat sebanyak RM32.3 bilion dan lebih daripada RM23 bilion pada tahun 2019 dan 2020.

“Masanya sudah tiba bagi kerajaan bertindak berani dan mengarahkan Bank Negara untuk mengarahkan industri perbankan mengecualikan faedah semasa moratorium pinjaman bank kecuali kumpulan T20 yang teratas,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Guan Eng berkata, jika Tengku Zafrul tidak mengambil tindakan segera, Pelan Pemulihan Negara akan dilaksanakan dengan sia-sia.



“Jika tidak, mana-mana Pelan Pemulihan Negara yang menawarkan bantuan kewangan, tidak akan bermakna dan sia-sia, yang bertujuan hanya untuk melindungi keuntungan bank dengan mengorbankan 8 juta individu dan syarikat Malaysia yang mengharapkan bantuan daripada moratorium pinjaman,” katanya. Utusan

Pelantikan Zafrul berkesan jika moratorium tanpa faedah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Kalau dah mengaku bodoh, dengar nasihat – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker