Selepas 300 Tahun Buku Perpustakaan DiPulangkan Semula [VIDEO]

Selepas 300 Tahun Buku Perpustakaan DiPulangkan Semula [VIDEO]

LONDON – Seorang pegawai sebuah gereja di Britain terkejut apabila menerima kiriman berupa sebuah buku yang telah dipinjam dari perpustakaan gereja tersebut lebih 300 tahun lalu, lapor laman berita The Star UK semalam.

Keith Farrow yang merupakan Naib Dekan di Gereja Sheffield berkata, buku yang dicetak pada tahun 1704 itu dikirim menerusi pos yang turut disertakan dengan sekeping nota daripada seorang wanita yang memberitahu asal usulnya.

“Saya menemui buku ini bersama-sama barangan kepunyaan pemiliknya, seorang wanita yang telah meninggal dunia.

“Dia mewasiatkan agar buku ini dipulangkan kepada Gereja Sheffield,” tulis nota tersebut.



Menurut Farrow, buku yang mempunyai tarikh 1709 pada bahagian dalam itu ditulis dengan amat menarik.

“Pada buku ini turut tertulis ia dipinjam dari perpustakaan di Gereja  Sheffield. Jadi, saya berpendapat buku ini dipinjam dan tidak dipulangkan,” ujarnya.

Perpustakaan di gereja tersebut merupakan salah satu lokasi setempat yang popular sehingga ia dirobohkan pada tahun 1800-an. – AGENSI



Selepas 300 Tahun Buku Perpustakaan DiPulangkan Semula [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siapa Sangka Pereka Fesyen Popular Ini Kekal Awet Muda Pada Usia 72 Tahun



Istana Pasir Tertinggi Di Dunia Di Denmark [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker