Panas! Gelombang haba pembunuh di Barat Laut Pasifik akan berulang lagi
Panas! Gelombang haba pembunuh di Barat Laut Pasifik akan berulang lagi
GELOMBANG haba yang membunuh ratusan orang di Barat Laut Pasifik minggu lalu awalnya dilihat sebagai ‘mustahil’, akhirnya terjadi gara-gara sumbangan faktor perubahan iklim.
Barat Laut Pasifik, atau Cascadia, merujuk kepada rantau geografi di barat Amerika Utara yang dikellingi Lautan Pasifik di arat, dan Pergunungan Rocky di sebelah timur.
Menurut satu pembentangan kajian pada Rabu lalu, saintis berkata perubahan iklim telah mencetus gelombang haba di rantau itu kira-kira 150 kali.
“Orang ramai perlu sedar bahawa gelombang haba adalah pembunuh, dan ia adalah bencana yang amat dahsyat.
“Gelombang haba ini berubah dengan kerap dan lebih pantas daripada kejadian ekstrem yang lain.
“Persediaan berdepan haba dan mengelak kematian semasa gelombang haba perlu menjadi keutamaan bagi setiap pihak berkuasa bandar,” ujar penyelidik bersama, Friederike Otto, iaitu saintis iklim dari Universiti Oxford.
Dalam kejadian gelombang haba baru-baru ini, banyak bandar raya di Amerika Syarikat dan Kanada menanggung akibatnya, antaranya seperti talian elektrik mencair, jalan raya merekah dan tanaman serta ternakan terancam.
Kanada sahaja tiga kali memecahkan catatan rekod suhu, degan kemuncaknya pada 29 Jun dengan 49.6 Celsius.
Satu lagi gelombang haba dijangka melanda sebahagian Kanada dan AS hujung minggu ini.
Angka kematian di Oregon sudah melebihi 100 orang, manakala British Columbia mencatatkan ratusan lag kematian. Tempoh berbulan-bulan diperlukan untuk betul-betul mengira jumlah sebenar. Apa yang pasti, angka itu akan bertambah, kata saintis.
Penemuan terbaru dalam kajian mengenai perubahan iklim itu bukan suatu yang mengejutkan. Di seluruh dunia, perubahan iklim telah menyebabkan fenomena gelombang haba lebih kerap terjadi – lebih buruk dan lebih lama.
Panas! Gelombang haba pembunuh di Barat Laut Pasifik akan berulang lagi
Baca Artikel Menarik :
- Kenapa tiada orang suruh saya ‘out’ – TMJ
- Bila pula saya sokong Muhyiddin – Najib
- Ismail Sabri boleh pangku jawatan Perdana Menteri
- ‘Ya, Ada Barang Bukti’- Ini 4 Fakta Penahanan Nia Ramadhani & Ardi Bakrie Bila Kantoi Kes Dadah [VIDEO]
- Resepi Mee Jawa Sedap
- Bonda Rozita Ibrahim Bidas Dato Seri Vida Anggap Ayat ‘Malas’ Tidak Sesuai Digunakan [VIDEO]
Suhu setinggi 42 darjah celcius, gelombang haba di Palestin berlanjutan
Istana Pasir Tertinggi Di Dunia Di Denmark [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.