Mat Maslan tegaskan keputusan parti jadi panduan MP UMNO

Sebaran :

Mat Maslan tegaskan keputusan parti jadi panduan MP UMNO. Meskipun ahli parlimen Umno dibenarkan menggunakan budi bicara sendiri dalam pengundian di Parlimen, ia masih harus berpandukan keputusan parti, kata Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

Kenyataan itu hadir sebagai “butiran tambahan” terhadap keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang bermesyuarat semalam untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, seperti diumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi awal pagi tadi.

“MKT juga telah mengambil keputusan bahawa ketika sidang parlimen nanti, ahli-ahli parlimen Umno boleh menggunakan budi bicara mereka apabila berlaku sebarang pengundian.

“Namun, difahami bahawa semua keputusan parti mestilah dijadikan panduan oleh ahli-ahli parlimen Umno dalam melaksanakan sebarang tanggungjawab mereka,” kata Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.

Selepas kenyataan Ahmad Zahid awal pagi tadi, sumber mendakwa ahli parlimen Umno mendapat kelonggaran untuk bebas mengundi di Dewan Rakyat.

Ia dikuatkan dengan penyebaran audio mirip Ahmad Zahid yang dikatakan memberi kuasa kepada ahli parlimen Umno semasa pengundian di parlimen, sebagaimana yang “dihasratkan” ketika dia menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Masih belum jelas berapa ramai ahli parlimen Umno yang akan mematuhi keputusan MKT untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Majoriti ahli parlimen Umno dipercayai berpihak kepada Ismail Sabri Yaakob dan Hishammuddin Hussein, yang masing-masing dinaikkan pangkat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kanan, semalam.

Sementara ahli-ahli parlimen seperti Shahidan Kassim (Arau) dan Annuar Musa (Ketereh) pula sebelum ini melobi agar Umno kekal dalam Perikatan Nasional (PN). Kedua-duanya menuntut penjelasan terhadap kenyataan keputusan MKT itu.

Parlimen dijadual bersidang lima hari dari 26 Julai hingga 2 Ogos, dan disahkan akan membenarkan perbahasan serta pengundian – tertakluk kepada agenda yang akan ditetapkan perdana menteri.

Mat Maslan tegaskan keputusan parti jadi panduan MP UMNO


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO kekal tolak Anwar, Pakatan Harapan


Sebaran :

Leave a Reply