Zahid tepis dakwaan Annuar musa dan Shahidan
Zahid tepis dakwaan Annuar musa dan Shahidan
Zahid tolak persepsi buat keputusan sendiri untuk parti
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno untuk tidak menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membuktikan bahawa dia tidak membuat keputusan sendiri untuk parti itu.
“MKT Umno telah memutuskan apa yang difikirkan perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan negara malam tadi.
“Segalanya diputuskan secara berperlembagaan, musyawarah dan bijaksana. Berpaksikan kemaslahatan rakyat dan negara.
“Maka, tidak benarlah propaganda dan persepsi yang kerap direka konon presiden Umno buat keputusan sendiri untuk parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dia berkata demikian selepas pengumuman awal pagi hari ini, bahawa Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin serta-merta, akibat tujuh kegagalan kerajaan PN.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dikritik oleh beberapa pemimpin Umno seperti Shahidan Kassim, Nazri Aziz dan Annuar Musa.
Sementara itu, bekas perdana menteri Najib Razak menjelaskan bahawa Umno memutuskan untuk menarik sokongan kepada Muhyiddin dan bukan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ini katanya, bagi memberi laluan pentadbiran sementara yang bermatlamat menyelesaikan isu wabak Covid-19, bantuan rakyat dan imuniti kelompok. Mk
Zahid tepis dakwaan Annuar musa dan Shahidan
Baca Artikel Menarik :
- Puad kata Pelantikan TPM untuk ‘checkmate’ UMNO
- Terima kasih Zahid, Umno atas sokongan
- UMNO jangan sampai dipatuk ular dua kali
- Jangan minta bantuan berulang kali – Abby Abadi
- Buat apa nak minta maaf – Ds Vida
- Resepi dalca tulang tanpa santan
Layari Laman Facebook MYKMU