UMNO kekal tolak Anwar, Pakatan Harapan
UMNO kekal tolak Anwar, Pakatan Harapan
KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO menegaskan untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Keputusan itu selaras dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020.
Dalam sidang media awal pagi ini yang disiarkan secara langsung di laman Facebook, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, MKT juga menolak sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-Pakatan Harapan.
Dalam kenyataan lima muka surat yang dibacakan oleh Ahmad Zahid itu, MKT membuat keputusan menamatkan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendesak beliau berundur secara terhormat.
Enam pemimpin UMNO berada dalam Kabinet Muhyiddin di bawah kerajaan Perikatan Nasional yang disepakati oleh UMNO.
Mereka adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baharu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Kanan Luar Negeri), Datuk Ser Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan), Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi) dan Menteri Tenaga dan Sumber Alam Semulajadi, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.
Sehingga semalam hanya seorang menteri iaitu Shamsul Anuar menyatakan pendirian untuk akur kepada keputusan parti jika diminta meninggalkan jawatan yang disandang sekarang.
Kenyataan yang dibacakan Ahmad Zahid itu bagaimanapun tidak dinyatakan kedudukan menteri-menteri yang berkenaan juga pemimpin UMNO yang menerajui syarikat-syarikat milik kerajaan. MG
UMNO kekal tolak Anwar, Pakatan Harapan
Baca Artikel Menarik :
- Puad kata Pelantikan TPM untuk ‘checkmate’ UMNO
- Terima kasih Zahid, Umno atas sokongan
- UMNO jangan sampai dipatuk ular dua kali
- Jangan minta bantuan berulang kali – Abby Abadi
- Buat apa nak minta maaf – Ds Vida
- Resepi dalca tulang tanpa santan
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.