Armand sahkan Ismail Sabri dapat restu Zahid
Armand sahkan Ismail Sabri dapat restu Zahid. Kedudukan Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri tidak disebut dalam kenyataan media Presiden Umno Zahid Hamidi yang dinanti-nantikan awal pagi tadi.
Bagaimanapun ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Armand Azha Abu Hanifah berkata lantikan itu telah mendapat restu Zahid,
Armand berkata persetujuan itu dicapai dalam pertemuan empat mata antara antara Ismail Sabri dengan Zahid semalam.
“Semalam dalam mesyuarat MT Ismail Sabri menyatakan sebelum dia menerima jawatan timbalan perdana menteri dia telah bertemu empat mata dengan presiden, di mana beliau bertanyakan besetuju atau tidak dia menerima jawatan tersebut.
“Alhamdulillah presiden memberi sokongan dan dukungan kepada beliau untuk menerima jawatan tersebut,” katanya.
Malah, Armand berkata lantikan Ismail Sabri itu juga turut mendapatkan persetujuan bekas perdana menteri yang juga bekas presiden Umno, Najib Razak.
“Beliau juga mengambil pendapat daripada mantan perdana menteri dan juga mantan presiden Umno, Najib Razak. Alhamdulillah kedua-dua mereka menyatakan perkara yang sama.
“Atas dasar itulah semalam keputusan untuk menerima jawatan itu berlaku lewat petang, selepas selesai mendapat persetujuan presiden parti dan mantannya,” katanya.
Pelantikan Ismail Sabri sebagai timbalan perdana menteri dan kekal memegang portfolio menteri pertahanan, diumumkan oleh Muhyiddin menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri lewat petang semalam.
Kenyataan itu turut mengumumkan pelantikan Menteri Luar Negeri, Hishammuddin Hussein sebagai menteri kanan yang mengetuai Kluster Keselamatan di samping mengekalkan portfolionya sebagai menteri luar.
Pelantikan kedua-dua mereka berkuat kuasa serta-merta.
Zahid dalam kenyataan media awal pagi tadi mengumumkan Umno menarik balik sokongan terhadap perdana menteri dan mendesaknya berundur bagi membolehkan penggantinya dipilih.
Armand sahkan Ismail Sabri dapat restu Zahid
Baca Artikel Menarik :
- Puad kata Pelantikan TPM untuk ‘checkmate’ UMNO
- Terima kasih Zahid, Umno atas sokongan
- UMNO jangan sampai dipatuk ular dua kali
- Jangan minta bantuan berulang kali – Abby Abadi
- Buat apa nak minta maaf – Ds Vida
- Resepi dalca tulang tanpa santan
Layari Laman Facebook MYKMU
Tajuddin, Zahidi dan Dira tak sokong tarik sokongan terhadap PM
You must be logged in to post a comment.