Arah menteri Umno letak jawatan dulu – MIC
Arah menteri Umno letak jawatan dulu – MIC
Arah menteri Umno letak jawatan dulu, bukan desak PM berundur, kata Presiden MIC kepada Zahid
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi seharusnya meminta semua menteri parti itu meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu, berbanding mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur, kata Presiden MIC, SA Vigneswaran.
Vigneswaran bagaimanapun berpendapat desakan Umno keluar daripada kerajaan ketika ini tidak akan berjaya kerana didakwa semua Menteri Barisan Nasional (BN) di dalam kerajaan PN tidak bersetuju untuk melepaskan jawatan masing-masing.
“Kita tengok apakah tindakan Umno terhadap Ahli Parlimen yang tidak bersetuju terhadap keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT),” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata, desakan Zahid yang juga Pengerusi BN disifatkan tidak jelas dan tiada hala tuju.
“Umno sebuah parti yang matang, mereka pun tahu… dulu ketika memerintah banyak kali desakan oleh pembangkang supaya perdana menteri mereka berundur, mereka tak buat pun sebab mereka tahu itu hanya desakan,” katanya.
Zahid ketika mengumumkan pendirian parti itu tengah malam tadi untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin menyenaraikan tujuh sebab ia berbuat demikian yang kesemuanya berkaitan “kegagalan” kerajaan.
Beliau berkata, Muhyiddin gagal memuaskan garis panduan yang ditetapkannya pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada kerajaan beliau.
Sementara itu, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon berkata, parti itu akan terus menyokong kerajaan PN sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Sehingga BN membuat keputusan rasmi yang baharu, MCA pada masa ini masih menyokong PN sehingga PRU akan datang, seperti mana keputusan yang dibuat oleh BN sebelum ini,” katanya ringkas. FMT
Arah menteri Umno letak jawatan dulu – MIC
Baca Artikel Menarik :
- Puad kata Pelantikan TPM untuk ‘checkmate’ UMNO
- Terima kasih Zahid, Umno atas sokongan
- UMNO jangan sampai dipatuk ular dua kali
- Jangan minta bantuan berulang kali – Abby Abadi
- Buat apa nak minta maaf – Ds Vida
- Resepi dalca tulang tanpa santan
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.