Ada pertemuan Menteri kabinet dirumah Muhyiddin

Ada pertemuan Menteri kabinet dirumah Muhyiddin. Sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire dipercayai menteri kanan memasuki kawasan kediaman perdana menteri di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Damansara, di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kenderaan tersebut diiringi beberapa polis tentera.

Kehadiran polis tentera menguatkan cakap-cakap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuat kuasa semalam datang berjumpa Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kediaman Muhyiddin awal pagi ini menjadi tumpuan selepas UMNO membuat keputusan untuk menarik balik sokongan serta-merta daripada Perikatan Nasional (PN) malam tadi.

Kelibat beberapa kenderaan kerajaan dipercayai membawa menteri, Peguam Negara dan kenamaan kelihatan memasuki kawasan rumah beliau pada 9.40 pagi tadi.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan pemimpin mana yang hadir dalam pertemuan bersama Muhyiddin hari ini.

Semalam, sidang mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan untuk menarik balik sokongannya serta-merta terhadap Muhyiddin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sokongan yang diberikan oleh UMNO sejak bulan Mac tahun lalu itu ditarik balik selepas mendapat undian dua pertiga ahli MT.

Menurutnya, selain kegagalan kerajaan menangani pandemik Covid-19, ekonomi dan bebanan rakyat, UMNO juga tidak boleh berkompromi dengan melihat kerajaan memperkotak-katikkan institusi beraja hingga Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu terpaksa berulang-kali mengeluarkan kenyataan media dan titah menghadap supaya Parlimen dibenarkan bersidang dan membahaskan Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu 2021 dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tambahnya, berpandukan tujuh ketetapan MT UMNO semasa menyokong Muhyiddin pada tahun lepas, PN didakwa gagal memenuhi segala garis panduan yang telah dikemukakan MT pada 11 Mac 2020.

UMNO turut menegaskan parti itu juga tidak akan menyokong sebarang usaha mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Ada pertemuan Menteri kabinet dirumah Muhyiddin

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Calon PM dari UMNO, Zahid mahu namanya dikecualikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker