Terima lantikan TPM, Ismail ucap terima kasih pada PM dan Presiden UMNO
Melalui satu kenyataan media yang keluarkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan yang diberikan dalam pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Beliau turut berterima kasih atas sokongan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan parti.
Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada ahli-ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin parti politik dan seluruh rakyat Malaysia.
“Ini merupakan amanah yang perlu digalas dengan ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ismail Sabri turut berdoa semoga semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dapat bersama-sama membawa Malaysia mencapai masa depan yang lebih cemerlang.
Baca Artikel Menarik :
- Perebutan Kerusi Bagan Serai, Penyandang Terkejut Dengan Cita-Cita Wan Fayhsal
- Anwar kata sidang parlimen kali ini satu ‘penipuan’ Muhyiddin
- Dini mahu beli rumah impian dengan Janna
- Wawa Zainal teruja anak akhirnya makan ayam
- Resepi Kari Ikan Senangin Utara
- Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi
Layari Laman Facebook MYKMU
Hisham zahirkan ucapan terima kasih, terima lantikan Menteri Kanan