Nazri kata lantikan TPM bukti PM melayani UMNO

Nazri kata lantikan TPM bukti PM melayani UMNO. Pelantikan dua pemimpin Umno sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan jelas menunjukkan keikhlasan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melayani “seterunya” Umno dengan baik, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata isu tarik sokongan atau tidak sudah tidak relevan dalam perjumpaan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dikatakan akan bermesyuarat malam ini.

Katanya, majoriti Ahli Parlimen Umno bersetuju untuk terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga pilihan raya umum ke-15 seperti mana diusulkan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020.

“Sebagai Ahli Parlimen yang setia kepada parti, sudah tentu berita ini menggembirakan saya. Diharapkan dalam tempoh berbaki dua tahun ini (tamat penggal PRU14), Umno boleh duduk bersama dengan PN dan PAS untuk merancang menghadapi PRU15 akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, penjajaran baharu yang cuba digerakkan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tidak akan berjaya malah ditentang majoriti Ahli Parlimen.

“Kita sepakat mahu bantu kerajaan menstabilkan politik Malaysia dan pada masa sama bantu rakyat memerangi Covid-19,” katanya.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuatkuasa serta-merta, pada masa sama kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan, yang akan mengetuai kluster Keselamatan yang sebelum ini disandang Ismail.

Di samping mengekalkan portfolio luar negeri, Hishammuddin akan membantu Muhyiddin melaksanakan Pelan Pemulihan Negara.

Nazri kata lantikan TPM bukti PM melayani UMNO

Hisham zahirkan ucapan terima kasih, terima lantikan Menteri Kanan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker