Jangan petik nama Allah – Erra Fazira
Jangan petik nama Allah – Erra Fazira
Jangan petik nama Allah untuk kepentingan peribadi – Erra Fazira
SEMALAM, kecoh di media sosial berkenaan kenyataan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang didakwa telah menyentuh sensitiviti umat Islam dalam negara.
Ramai yang menyifatkan tindakan Kit Siang itu sebagai biadap. Bagaimanapun, pemimpin itu telah bertindak memadam kenyataannya dan membuat permohonan maaf.
Perkara yang dilakukan Kit Siang itu juga nampaknya telah membuat pelakon dan penyanyi, Erra Fazira tampil menyatakan pendiriannya.
“Saya tak berminat dengan dunia politik. Bukan kepakaran saya, tapi bila nama Allah digunakan dan dipersoalkan, saya tak setuju tak suka!! Ada byk cara dan bahasa yg lebih baik. Muslim atau non muslim, saya tak setuju salah guna nama Allah.
“Untuk muslim, andai salah pembawaan kalian, menjawablah kalian di sisi Allah dan pasti kena tarbiah juga daripada hamba-hamba Allah yang lain.
“Kepada non muslim, isu ini sangat sensitif dan janganlah kalian menangguk air yang keruk. Carilah isu lain untuk kalian hentam atau sewaktu dengannya,” katanya.
Menurut Erra, dia tidak menyalahkan sesiapa untuk berpolitik, tetapi perlukan peka dan sensitif supaya semua rakyat dalam hidup dalam keadaan harmoni.
“Saya tak berniat nak berpolitik atau apa pun. Sekadar nak beritahu, Jangan petik nama Allah sesuka hati untuk kepentingan peribadi. Muslim atau bukan, tolong hentikan,” katanya.
Terdahulu Lim Kit Siang menulis di Facebooknya, “If “Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be “Allah’s government”.
(Jika “Kerajaan Allah” adalah sebaik-baik kerajaan dalam Pandemik Covid-19, mengapa Malaysia adalah yang terakhir dalam indeks normal global Ekonomi ketinggalan kepada negara-negara yang tiada satu pun yang boleh mengaku sebagai “Kerajaan Allah”).
Difahamkan, istilah “Kerajaan Allah” yang disebut Kit Siang itu merujuk kepada tazkirah secara maya oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang jelas mengajak umat Islam agar bermuhasabah dan berikhtiar dengan akal dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT selain bersabar dalam sama membantu ‘kerajaan manusia’ yang serba kekurangan.-SM
Jangan petik nama Allah – Erra Fazira
Baca Artikel Menarik :
- Perebutan Kerusi Bagan Serai, Penyandang Terkejut Dengan Cita-Cita Wan Fayhsal
- Anwar kata sidang parlimen kali ini satu ‘penipuan’ Muhyiddin
- Dini mahu beli rumah impian dengan Janna
- Wawa Zainal teruja anak akhirnya makan ayam
- Resepi Kari Ikan Senangin Utara
- Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi
Layari Laman Facebook MYKMU
Dulu curi TV sekarang ikan – Bos Mydin
You must be logged in to post a comment.