Baiya! Suruh Pindah Bilik Je Pun Bukan Pikul Tilam Sekali Undang Rasa Dekah Netizen😂😂😑 [VIDEO]

Sebaran :

Baiya! Suruh Pindah Bilik Je Pun Bukan Pikul Tilam Sekali Undang Rasa Dekah Netizen😂😂😑 [VIDEO]

Aksi seorang lelaki dipercayai warga asing ‘mengusung’ tilam di dalam wad sebuah hospital kerajaan mendapat perhatian orang ramai apabila klip video itu tular di laman sosial sejak semalam.

Klip video berdurasi 17 saat yang dikongsi seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Edda Anissa memaparkan lelaki tersebut yang masih lengkap berpakaian hospital sedang mengusung sebuah tilam keluar dari sebuah wad.

VIDEO DIBAWAH:-

[videopress bEaVEJ1g]



Difahamkan lelaki tersebut diarahkan berpindah ke wad lain, namun akibat masalah komunikasi, dia telah mengusung sekali tilam yang digunakan semasa proses berpindah.

Bagaimanapun, hasrat pesakit itu untuk membawa sekali tilam tersebut ‘gagal’ apabila dia diarahkan berpatah balik ke wad asalnya untuk meletakkan semula tilam itu di katil.

Aksi lelaki itu turut disusuli dengan gelak tawa petugas hospital yang kebetulan berada di kawasan ‘kejadian’.

Susulan itu, orang ramai yang menyaksikan klip video tersebut juga ‘terhibur’ dengan aksi lelaki terbabit dan rata-rata mereka mendakwa terdapat masalah komunikasi antara petugas hospital dengan pesakit berkenaan.



Namun mereka menyifatkan ‘insiden’ itu sebagai satu hiburan kepada petugas kesihatan bagi menghilangkan sedikit tekanan ketika sibuk melawan pandemik Covid-19.

“Ini mungkin masalah komunikasi dan salah faham, tetapi sekurang-kurangnya ada ‘hiburan’ kepada petugas hospital.

“Hilang sedikit tekanan ‘frontliner’ kita melawan Covid-19,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Aryan Hasif.

Turut meninggalkan komen pada klip video berkenaan adalah seorang lagi pengguna Facebook yang dikenali sebagai Cikgu Rem.



“Dah nurse kata pindah katil, nasib baik katil dia tak angkut sekali,” katanya.-K! ONLINE

Baiya! Suruh Pindah Bilik Je Pun Bukan Pikul Tilam Sekali Undang Rasa Dekah Netizen😂😂😑 [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki Ini Tunjuk 7 Kerenah Pelanggan Ketika Bayar Guna Kad Di Kaunter Buat Ramai Terhibur [VIDEO]

[VIDEO] Kan Dah Kena ….Gara-Gara Nak Try Masak Resipi Khairul Aming ..Gadis Ini Dah Kena Bebel Dek Ibunya 🤣🤣🤣


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.