Apa agenda PH DAP bela penceroboh tanah kerajaan?

Apa agenda PH DAP bela penceroboh tanah kerajaan? BILA isu penebangan pokok-pokok durian di kawasan tanah Perhutanan Simpan Kekal (PSK) Batu Talam, Raub menjadi tular beberapa hari sudah, gegak gempitalah warga maya dan netizen dengan komen, status dan ulasan masing-masing. Klip-klip video mula menular.

Ini adalah suatu fenomena yang biasa pada hari ini.

Yang menarik antara semua ini adalah komen-komen dari segelintir netizen yang terdiri dari kelompok pejuang-pejuang rahmatan lil alamin. Setelah pengaruh mereka hilang dari radar sejak kejatuhan kerajaan PH dahulu, saya beranggapan mereka tidak akan menyibukkan diri dengan urusan politik lagi.

Jadi, apabila membaca beberapa komen mereka tentang isu penebangan pokok-pokok durian ini, saya hanya menggeleng kepala sahaja (ala-style Mamu dari Penang). Rupa-rupanya jati diri DAP/PH masih tebal lagi.

Berikut adalah antara beberapa kesimpulan dari komen mereka:

Para penceroboh dianggap sebagai mangsa yang dizalimi, pokok-pokok durian disifatkan sebagai makhluk yang tidak bersalah, musim durian belum habis, bukan dari ajaran Islam, tindakan penebangan bersifat rasis, solusi yang tidak matang, tidak berakhlak dan khianat.

Tidak seorang pun di antara mereka mempertikaikan status para penceroboh dan aksi pencerobohan mereka dalam tanah PSK berkenaan.

Tidak ada seorang pun yang menegaskan tentang kesalahan melanggar undang-undang tanah yang berkaitan.

Tidak ada yang mengeluarkan dalil Syara’ tentang haramnya menceroboh tanah milik orang lain.

Tidak ada yang membantah kehadiran pimpinan DAP yang cuba menjadi juara bagi para penceroboh.

Tidak ada yang mengkritik tindakan provokasi penceroboh-penceroboh yang menghalang kakitangan agensi yang berkaitan dari menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Saya juga tidak pasti sama ada mereka membaca perintah Mahkamah Rayuan berhubung isu pencerobohan tanah di Raub, yang tidak terpakai pun ke atas kawasan PSK Batu Talam yang diceroboh ini.

Anwar kata sidang parlimen kali ini satu ‘penipuan’ Muhyiddin

Gesaan supaya penceroboh dan pencerobohan ini dikenakan tindakan undang-undang langsung tidak kedengaran dari mereka.

Saya kurang faham kenapa mereka begitu bersemangat ‘membela’ para penceroboh dan tindakan pencerobohan ini.

Apakah manfaat dan maslahat dari membela perbuatan pencerobohan dan perlanggaran undang-undang serta para pelakunya?
Mesej apakah yang mereka sedang hantar kepada umum? Mesej rahmatan lil ‘alamin kah?

Bukankah lebih afdhal sekiranya semua pihak memberi fokus untuk bantu meringankan beban rakyat dan anggota masyarakat yang sangat terkesan dengan pandemik COVID-19 hari ini?

Jumlah pesakit COVID-19 yang semakin meningkat, angka kematian yang belum reda, statistik bunuh diri yang agak luar biasa, kisah-kisah menyayat hati rakyat Malaysia saban hari tersebar dan dikongsi di dalam pelbagai media sosial, krisis rumahtangga, kemurungan, hilang pekerjaan, susut makanan minuman, kehabisan simpanan wang ringgit … semua ini sangat menggusarkan dan membimbangkan.

Tetapi isu pencerobohan pula yang menjadi keutamaan!

Yang belum dilakukan oleh kelompok ini barangkali adalah tolong mengibarkan bendera putih sahaja bagi pihak para penceroboh ini.

Melihat kepada fenomena ini, saya teringat salah satu pendirian mereka yang jelas bertulis dan pernah tersebar di kalangan mereka iaitu mempertahankan kerajaan PH.

Saya tidak sangka pula pendirian ini masih terbawa-bawa hingga sekarang meskipun kerajaan PH telah dihancurkan oleh pimpinan politik mereka sendiri.

Fikir-fikirkanlah sendiri.
#KitaJagaKitaBukanJagaPenceroboh
#DaulatkanUndangUndangBukanBelaPencerobohan

Mohd Luttfi Abd Khalid
Pemerhati politik

Apa agenda PH DAP bela penceroboh tanah kerajaan?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rakaman Suara Murid dan Cikgu, Zahid Mengaku Itu Suaranya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker