Kes melonjak, Bangladesh lanjut sekatan pergerakan

Kes melonjak, Bangladesh lanjut sekatan pergerakan. Bangladesh melanjutkan sekatan pergerakan hingga 14 Julai ini bagi mengatasi lonjakan kes COVID-19.

Negara itu melaporkan 153 kematian akibat COVID-19 pada Ahad – peningkatan harian terbesar sejak wabak itu bermula – sekali gus menjadikan jumlah kematian kepada 15,065.

Hospital sesak terutama di daerah-daerah bersempadan dengan India, di mana varian Delta pertama kali dikenal pasti.

Bangladesh menutup sempadan dengan India pada April lalu, bagaimanapun aktiviti perdagangan masih berterusan.

Peningkatan kes mendorong kerajaan memerintahkan satu minggu kawalan ketat pada Khamis, dengan pasukan tentera meronda di jalan.

“Semua langkah telah dilanjutkan,” kata kerajaan satu kenyataan.

Bangladesh menerima 2.5 juta dos vaksin Moderna daripada Amerika Syarikat (AS) di bawah program perkongsian vaksin global, COVAX pada hujung minggu serta menerima dua juta dos vaksin Sinopharm daripada China. – Agensi

Kes melonjak, Bangladesh lanjut sekatan pergerakan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ada apa pertemuan rahsia ahli parlimen UMNO bersama Presiden?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker