Ini lima tanda anda seorang shopaholic online

 

Ini lima tanda anda seorang shopaholic online . Budaya beli-belah online mungkin sudah normal dalam masyarakat semasa Covid-19, namun amalan itu boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya seseorang itu mengalami ketagihan melampau untuk berbelanja.

Jangan terkejut jika ada orang perlu membeli barang online setiap hari, demi kepuasan dan menganggap ia sebagai satu terapi.



Persoalannya, bagaimana seseorang itu boleh mengetahui mereka ialah shopaholic online?

Menurut penulis buku kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad, terdapat lima tanda seseorang itu mempunyai ketagihan melampau terhadap online shopping.

“Pertama, seseorang itu ialah shopaholic apabila dia mempunyai ketagihan berlebihan untuk membeli barangan yang tidak perlu dan merasakan seolah-olah satu kerugian jika tidak membeli apa yang dikehendaki.

“Perkara ini selalunya terjadi apabila adanya promosi bulanan seperti 2.2, 3.3 atau jualan gudang online. Pada kebiasaannya, mereka tidak mempunyai sebarang objektif untuk dicapai namun terpengaruh dengan tawaran yang diberikan,” katanya.



Faktor kedua adalah membeli barangan secara mendadak dan tidak pernah merancang.

“Contoh terbaik adalah membeli barangan yang jarang dipakai atau hanya menggunakannya untuk seketika. Ini menunjukkan satu ketagihan yang tidak sihat.

“Orang seperti ini banyak yang membeli barang yang sama dengan warna yang berbeza,” katanya.

Ketiga, membeli sehingga kehabisan wang dan melepasi kemampuan seseorang itu tanpa sedar.



“Pada kebiasaannya, mereka tidak mengingati barang yang dibeli kerana membeli di bawah sedar. Contohnya, ‘order’ online dan tiba-tiba barang sampai. Ada juga tahap sehingga tidak ingat bahawa barang tersebut sudah sampai atau belum,” katanya.

Seterusnya, keempat wujud rasa tertekan jika tidak membeli dan ketagihan melampau untuk terus berbelanja.

“Orang shopaholic juga menganggap bahawa perbelanjaan berlebihan bukanlah suatu pembaziran malah ia merupakan suatu terapi baginya. Jika tidak dapat berbelanja, mereka mungkin akan berasa tertekan dan melepaskan kemarahan kepada orang lain.

“Setiap pembelian memberi satu kepuasan serta kenikmatan kepadanya dan kepuasan itu tidak akan berakhir di situ kerana ia akan menjadi satu ‘habit’ untuk membeli barangan lain bagi memenuhi kepuasan mereka,” katanya.



Yang terakhir, ada yang sanggup meminjam duit untuk memenuhi kepuasan sendiri apabila sudah ketagih dengan online shopping.

“Ada yang baru awal bulan gaji dah habis kerana berbelanja sakan. Ada juga sehingga menuduh suami tidak beri nafkah, majikan zalim dan kerajaan tidak baik hanya kerana tidak dapat memuaskan nafsu ketagihan online shopping.

“Jika tidak mampu, mereka juga sanggup berhutang dahulu asalkan dapat membeli apa yang dihajati,” katanya.

Azizul yang juga Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi Mara berkata, walaubagaimanapun, online shopping mempunyai sisi yang baik untuk ekonomi apabila aliran tunai disalurkan kembali ke dalam negara.



INFO

Lima tanda anda shopaholic online

1. Membeli barang secara berlebihan atau melampaui keperluan.

2. Membeli secara mendadak dan tidak pernah merancang.



3. Membeli sehingga kehabisan wang tanpa sedar.

4. Wujud rasa tertekan jika tidak bershopping dan ketagih melampau untuk terus berbelanja.

5. Sanggup meminjam duit untuk memenuhi kepuasan sendiri.

Ini lima tanda anda seorang shopaholic online


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Apakah kedudukan nasihat Jawatankuasa Khas Bebas?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker