Covid-19: 103 kematian, lebih 900 di ICU

Covid-19: 103 kematian, lebih 900 di ICU

Angka korban akibat Covid-19 masih kekal tiga angka dengan hari ini sebanyak 103 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat wabak tersebut mencecah 5,677 kes.



Jumlah pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) masih melepasi 900 dengan hari ini 943 kes manakala 450 memerlukan bantuan alat pernafasan, katanya.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula mencatatkan bilangan 72,201 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, sebanyak 4,797 kes sembuh baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih daripada Covid-19 di negara ini sebanyak 714,815.

Terdahulu Dr. Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 7,654 kes positif baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.



Daripada junlah itu katanya, 7,643 kes merupakan penularan tempatan manakala 11 lagi kes import. MG

Covid-19: 103 kematian, lebih 900 di ICU


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi

Asyraf Wajdi, Tun Faisal berperang di FB



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker