Macam mana saya dianggap orang luar? – Rozabil

#PRU15

Macam mana saya dianggap orang luar? – Rozabil

Arau: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Datuk Rozabil Abd Rahman sedia berdepan dengan penyandang, Datuk Seri Shahidan Kassim bagi mengekalkan kerusi itu di bawah Barisan Nasional (BN).

“Ini bukan urusan individu, kita semua mewakili parti. Jika Datuk Seri (Shahidan) tetap lawan, saya terpaksa jugalah mewakili parti saya untuk bertanding dalam PRU kali ini mewakili Arau.



“Saya serah kepada pengundi dan dari segi peluang, kita bekerja dan kita serah kepada Allah SWT jadi saya mengambil sikap tidak mahu berkonfrontasi dengan mana-mana pihak.

“Saya akan berjumpa pengundi sebanyak mana mungkin dan terangkan kepada mereka mengenai manifesto UMNO dan BN dan kita serah kepada pengundi untuk menilainya nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, beliau tidak faham dengan kritikan yang dilemparkan oleh pelbagai pihak yang mendakwa beliau adalah calon luar dari Parlimen Arau walhal beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dan Naib Ketua Bahagian Arau sebelum ini.

“Saya tak pasti definisi ‘orang luar’ itu macam mana, selama dua penggal saya pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dan sepenggal pula sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Arau.



“Sewaktu saya pegang jawatan itu, tidak timbul pula cerita ‘orang luar’ jadi Arau sudah sebati dengan saya, Insya-Allah,” katanya.

Rozabil yang dikenali dalam kalangan masyakat sebagai ‘Tok Ben’ berkata, beliau menyedari bahawa jentera BN Parlimen Arau banyak disusun oleh Shahidan sebelum ini sehingga membawa kepada penutupan beberapa bilik gerakan BN di parlimen itu apabila mendapat berita Shahidan digugurkan daripada bertanding di parlimen itu.

Namun begitu, masih terdapat bilik gerakan di parlimen itu yang terus beroperasi dan petugas parti itu terus gigih bekerja.

“Mengenai gerak kerja jentera, saya dapat banyak juga panggilan dan mesej daripada wakil cawangan di Parlimen Arau ini yang akan terus bekerja di peringkat Pusat Daerah Mengundi. Jadi Insya-Alah jentera di Bahagian Arau cukup teratur dan boleh berjalan dengan baik.



“Dari segi kempen pula, setakat maklumat yang saya terima adalah, sehari dua lagi kita akan mulakan semua kempen malah saya akan pulang ke Arau untuk menyusun kempen dan gerak kerja jentera BN untuk digerakkan bertemu pengundi,” katanya.

Berhubung kritikan yang dilemparkan oleh Shahidan terhadapnya, beliau memahaminya kerana Shahidan adalah ‘orang lama’ yang datang daripada keluarga UMNO selain sudah sebati dengan Parlimen Arau.

Dalam PRU kali ini, Rozabil yang pernah berada di bawah kepimpinan Shahidan termasuk menjawat jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Perlis (PFA) menggantikan Shahidan dijangka akan bertanding melawan bekas ketuanya itu yang dikhabarkan akan mewakili Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, Rozabil turut akan menentang calon muda Pakatan Harapan (PH) Fathin Amelina Fazlie dari PKR. HM



Macam mana saya dianggap orang luar? – Rozabil


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker