Resepi Maggi Goreng Mamak Sedap

Resepi Maggi Goreng Mamak Sedap

Kalau kita ke kedai mamak atau nasi kandar selalu kita tengok orang akan order maggi goreng mamak.

Rasanya memang lazat dan sedap untuk dimakan. Cara mamak masak ni memangblain sikit dari biasa.



Kita akan share resepi yang mudah untuk disediakan, maggi goreng yang walaupun nampak mudah tapi menyelerakan.

Masa Penyediaan: 5 minit,
Masa Memasak:10 minit,
Jumlah Hidangan:2 orang

Bahan-Bahan:

2 pek maggi Kari (ambil satu bungkus perencah sahaja)
sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih
¼ biji bawang besar
2 biji telur
1 ikat sayur sawi
½ batang lobak merah
sayur kobis
4 biji cili padi (tumbuk kasar)
2-3 sudu besar sos tomato
2-3 sudu besar sos cili
1-2 sudu besar kicap manis
½ biji tomato
limau nipis atau limau kasturi (untuk hidangan)



Cara Penyediaan:

Cincang kasar bawang putih dan bawang besar.

Hiris halus carrot dan sayur kobis.

Potong sayur sawi dan tomato.



Rebus maggi sehingga lembut.

Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang.

Masukkan telur dan kacau.

Masukkan batang sawi, hirisan lobak merah dan hirisan sayur kobis.



Masukkan cili padi tumbuk dan daun sawi.

Kemudian Masukkan maggi rebus.

Kacau sekata.

Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis dan hirisan tomato.



Masukkan perencah maggi (satu bungkus sahaja).

Kacau sehingga semua bahan sekata.

Resepi Che Nom

Resepi Maggi Goreng Mamak Sedap




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi sambal tumis sotong petai

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker