Kata-kata semangat dijual di Shopee

Kata-kata semangat dijual di Shopee

Jual Kata-Kata Semangat Berharga 20 Sen Di Shopee, Kreativiti Peniaga Ini Buat Netizen Terhibur

Adakah anda sudah berasa ‘burnout’ duduk dirumah dan perlukan kata-kata semangat untuk kembali ceriakan hidup anda? Apa kata anda beli sahaja kata-kata semangat agar anda kembali bersemangat dalam menjalani kehidupan anda.



Mesti ada yang pelik bahawa kata-kata semangat boleh dibeli, tetapi itulah hakikatnya apabila pengguna Facebook Effiza Abdul Rahim telah berkongsi gambar pembelian kata-kata semangat di Shopee.

Pada mulanya beliau tidak percaya ada yang menjual tetapi dirinya terkejut kerana betul-betul mendapat kata-kata semangat daripada penjual tersebut. Hanya berharga 20 sen, anda sudah dapat kata-kata semangat daripada seseorang.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan menjengah ke ruangan komen, ada juga yang mahu membeli kata-kata semangat tersebut. Malah, para netizen turut berasa terhibur melihat ‘review’ diberikan pembeli.



Akan tetapi, ada juga netizen berasa hampa kerana produk tersebut telah ‘sold out’ dan tidak disenaraikan lagi oleh peniaga tersebut. Jangan sedih, ikuti peniaga tersebut di Shopee, mana tahu akan dijual kembali kelak. Vc

Kata-kata semangat dijual di Shopee


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




PKPD untuk siapa sebenarnya? – Che Ta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker