Fenomena baharu, sup ikan durian pula
Fenomena baharu sup ikan durian
SINGAPURA – Seorang penjaja makanan di Singapura memperkenalkan satu hidangan istimewa menggunakan durian iaitu sup ikan durian berharga S$12 (RM37), lapor portal mothership.sg, baru-baru ini.
Derrick Ng, 40, sudah menjual hidangan sup ikan sejak tahun 2012 namun mula bereksperimentasi dengan gabungan rasa durian selepas ada pelanggan memberitahu raja buah itu boleh meningkatkan tahap kesihatan seseorang.
Menurut Ng, dia membuat penyelidikan lanjut menerusi online untuk menemui kajian yang mengatakan durian adalah padat dengan nutrien dan serat yang bagus untuk manusia.
Oleh sebab itu, dia membuat keputusan berani untuk menambahkan isi buah durian sebagai ramuan istimewa dalam sup ikannya.
“Saya meletakkan isi durian ke dalam sup ikan panas dan siap dihidangkan kepada pelanggan.
“Saya mendapat bekalan durian dari sebuah ladang di Malaysia,” ujarnya.
Tambah Ng, dia menerima reaksi berbeza daripada pelanggan tentang kombinasi dua makanan itu dengan kebanyakannya mengatakan ia enak untuk dinikmati.
Ketika sajian itu diperkenalkan pada 1 Julai lalu, ia habis dijual dalam masa satu jam setengah selepas gerai dibuka sekitar pukul 8.30 pagi. Agensi
Fenomena baharu sup ikan durian
Baca Artikel Menarik :
- Empat kilang, 20 premis diarah tutup: Ismail Sabri
- Timbalan Menteri PN nikah di Thailand?
- Lizzy sumbang separuh ‘gaji’, bantu masyarakat terjejas [VIDEO]
- Foto seksi Azira Shafinaz jadi perhatian
- Resepi Daging Masak Rose viral
- Antara Covid-19 dan rebut kuasa
Layari Laman Facebook MYKMU