Sembuh sakit mata kerana wuduk

Sembuh sakit mata kerana wuduk

Siapa sangka, hanya kerana berwuduk, sakit mata pun sembuh

Suatu hari Junaid al-Baghdadiy telah diserang sakit mata, lalu dia pergi berubat dengan seorang tabib yang beragama Nasrani. Tabib itu menasihatinya supaya matanya jangan terkena air.

Pada mulanya dia tidak keberatan mengamalkan nasihat tabib itu. Tetapi setelah sampai di rumah dia ingat bahawa setiap kali hendak solat mesti berwuduk sedangkan wuduk mesti membasahi muka.

Dia yakin bahawa Allah yang menjadikan penyakit, tentu Allah juga yang menyembuhkannya. Maka tanpa ragu-ragu dia pun berwuduk dan membasahi mukanya. Selesai solat dia pun tertidur. Ketika tidur, dia bermimpi mendengar suara aneh,

“Junaid menjadi sembuh matanya kerana lebih yakin dan reda kepada-Ku. Seandainya semua penghuni neraka meminta kepada-Ku dengan keyakinan serta semangat seperti Junaid, nescaya Aku luluskan permintaan mereka,” kata suara itu.

Bangun dari tidur, dia berasa hairan kerana mendapati matanya telah sembuh. Keesokannya dia bertemu semula dengan tabib. Ketika melihat Junaid, tabib tersebut menjadi hairan, bagaimana mata Junaid boleh sembuh dengan begitu cepat. Bertanya tabib pada Junaid.

“Hai Junaid, mengapa matamu tiba-tiba sahaja menjadi baik, sedangkan mengikut pengalamanku, matamu ini akan mengambil masa yang lama untuk sembuh?”

Lalu Junaid menjawab, “Aku hanya berwuduk dengan membasuh muka dan mataku untuk mendirikan solat.”

Setelah melihat peristiwa ajaib tersebut, terkejut tabib yang beragama Nasrani itu. Sungguh tidak disangkanya dengan berwuduk itu mampu menyembuhkan penyakit .

Akhirnya dia menyatakan dirinya memeluk agama Islam dan mengucapkan dua kalimah syahadah.

Katanya. “Itu adalah ubat dari tuhan yang telah menciptakan penyakit. Dia yang memberikan penyakit dan Dia juga yang menciptakan ubatnya. Aku juga sebenarnya menderita satu penyakit iaitu penyakit hati (rohani) dan Junaidlah yang menjadi tabibnya.” utv

Sembuh sakit mata kerana wuduk


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pelajar kelas peperiksaan kembali ke sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker