35 Ahli Parlimen UMNO Tarik Sokongan Kepada PM atau Tidak?
35 Ahli Parlimen UMNO Tarik Sokongan Kepada PM atau Tidak?
Ahli UMNO di semua peringkat sedang memerhati perkembangan serta keputusan sama ada menteri dan timbalan menterinya yang berada dalam Kabinet akan menarik diri atau kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berkata, ini termasuklah 35 Ahli Parlimen UMNO yang masih belum diketahui sama ada mereka akan terus menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau sebaliknya.
Menurut beliau, persoalan itu timbul selepas pertemuan yang diadakan di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Difahamkan, Ahli Parlimen UMNO yang mengadakan pertemuan di banglo di Jalan Bellamy itu bersetuju mempertahankan resolusi yang diputuskan dalam PAU 2020 yang diadakan baru-baru ini.
Shahrir yang juga Veteran UMNO memberitahu, menteri dan timbalan menteri UMNO yang masih berada dalam kerajaan PN berkemungkinan dipercayai Perdana Menteri begitu juga sebaliknya.
“Jadi, bagi mereka, apa ada hal dengan Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Perdana Menteri dan jemaah menteri lebih besar punca kuasa daripada MT UMNO. Akhirnya, engkau YB, ke aku YB? Aku menteri, engkau ada apa?,” tulisnya lagi.
Tambah beliau, kira-kira seminggu selepas Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, menteri-menteri UMNO telah menawarkan peletakan jawatan mereka semua kepada Perdana Menteri dan kerajaan PN.
“Ada yang juga sudah tandatangan surat letak jawatan tanpa tunggu keputusan MT malah tidak berbincang pun dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO.
“Itu ialah tafsiran mereka terhadap usul Perhimpunan Agung UMNO 2020, tawarkan peletakan jawatan menteri dan timbalan menteri mereka kepada Tan Sri Mahiadin selaku Perdana Menteri. Tawaran mereka itu ditolak Tan Sri Mahiadin. Mereka sepakat untuk kekal dalam jawatan masing-masing,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE
35 Ahli Parlimen UMNO Tarik Sokongan Kepada PM atau Tidak?
Baca Artikel Menarik :
- Guan Eng mahu Rais ganti Takiyuddin
- Kempen bendera hitam sohor kini di media sosial
- Pemuda lari PKPD langgar kawat duri
- Hantar pelacur kepada pelanggan, taktik terbaru PKP
- Mangga miyazaki berharga RM1,000 sebiji
- Resepi sambal tumis sotong petai
Layari Laman Facebook MYKMU
Jangan kerana jawatan, saguhati Ahli Parlimen UMNO lupakan parti
Sokong kerajaan: Ahli Parlimen UMNO tidak akan ingkar keputusan PAU – Shahidan
You must be logged in to post a comment.