Jangan kerana jawatan, saguhati Ahli Parlimen UMNO lupakan parti


KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Seremban mengingatkan pemimpin-pemimpin UMNO khususnya menteri dan timbalan menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar tidak membiarkan presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersendirian ketika berdepan pertuduhan di mahkamah.

Naib Ketuanya, Mazalan Maarop mempersoalkan segelintir pemimpin UMNO yang bersikap berdiam diri semata-mata mahu menjaga kepentingan peribadi daripada mempertahankan presiden.

“Adakah mahu membiarkan Datuk Seri Zahid berseorangan sedangkan beliau bermati-matian mempertahankan UMNO.

“Adakah anda (Ahli Parlimen) sudah selesa diberikan jawatan menteri dan pengerusi GLC? Saya rasa gaji puluhan ribu ringgit sebulan sudah cukup buat anda semua.



“Sebab itu Ahli Parlimen UMNO langsung tidak mempedulikan Datuk Seri Zahid di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mazalan juga mempersoalkan sikap ahli Parlimen UMNO yang masih berdiam diri seolah-olah sanggup membiarkan parti keramat itu diratah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Mengikut telunjuk PPBM iaitu membenarkan mereka memusnahkan parti kita. Melenyapkan terus UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Bangunlah wahai Ahli Parlimen UMNO. Jangan disebabkan jawatan, saguhati diberikan PPBM anda leka, langsung tidak mempedulikan UMNO.



“Tidak yakinkah anda semua dengan kebangkitan UMNO. Percayalah parti ini akan bangkit pada PRU15,” katanya.

Katanya lagi, rakyat pula sudah mual dengan janji manis Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini gagal menunaikan manifesto pilihan raya lalu dan kini diteruskan pula oleh Kerajaan PN.

“Sedarlah wahai Ahli Parlimen UMNO. Jangan terus terlena. Jangan khianati wadah perjanjian dan perjuangan yang diagung-agungkan selama ini.

“Jangan kerana sedikit kesenangan sekarang anda abaikan masa hadapan.



“Percayalah 37 Ahli Parlimen UMNO sehati sejiwa dan kita amat digeruni musuh,” katanya lagi. MG

Zahid tahu muslihat ‘broker’ dalam UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker