Kenapa perlu bantu yang masih bergaji – Rafidah

Kenapa perlu bantu yang masih bergaji – Rafidah

Rafidah persoal mengapa golongan berpendapatan masih perlukan bantuan

Seorang bekas menteri mempersoalkan alasan di sebalik permohonan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) baru-baru ini untuk penangguhan pembayaran balik pinjaman perumahan yang diambil oleh penjawat awam.

Rafidah Aziz, yang sebelum ini menteri perdagangan dan industri hingga 2008, berkata beliau tidak melihat perkara itu sebagai satu keperluan untuk memberi bantuan kewangan kepada orang yang menerima pendapatan tetap.

“Apa yang perlu kita lakukan adalah sasarkan mereka yang diberhentikan kerja dan yang kehilangan pendapatan,” katanya kepada FMT.

Khamis lalu, lebih 50% pasangan penjawat awam bekerja di sektor swasta antara alasan diberikan Cuepacs memohon moratorium buat ahlinya daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Presidennya Adnan Mat, berkata selain bekerja dalam sektor swasta, pasangan penjawat awam ada membuka perniagaan kecil-kecilan, termasuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Rafidah berkata orang yang masih tetap mendapat pendapatan tidak seharusnya membuat tuntutan pada masa ini.

“Seperti saya, saya ada pendapatan tetap kerana pencen saya,” katanya. “Mengapa saya kena minta tolong?

“Kerajaan mesti melihat siapa peminjam. Utamakan mereka yang terjejas teruk oleh Covid-19. Bagi mereka yang bekerja dari rumah dan masih mendapat pendapatan mereka, apa alasan mereka untuk menangguhkannya (moratorium)?” FMT

Kenapa perlu bantu yang masih bergaji – Rafidah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Giliran Naim Daniel hentak kenyataan Nik Abduh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker