Giliran Naim Daniel hentak kenyataan Nik Abduh?

Giliran Naim Daniel hentak kenyataan Nik Abduh?

Penyanyi Naim Daniel tampil bersuara secara berkias membidas kenyataan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengenai kempen bendera putih.

Naim menjelaskan, setiap doa harus disertakan dengan usaha kerana jika meminta pertolongan kepada Allah SWT tanpa berusaha adalah sia-sia.



“Yang Berhormat; Jika; Anak bini tak terabai makan minum mereka, wang di bank berjela angkanya, hutang piutang bebas semua.

“Mungkin saja; Hanya akan selesa untuk kita, berdoa dan terus berdoa, berdoa saja dari siang sekarang ke subuh esoknya. Tanpa sebarang daya, tanpa sebarang usaha.

“Kita ada kita saja, sekarang. Tolong, jangan lakukan sebarang tindakan yang mampu melumpuhkan semangat orang yang kita sayang. Kita, cuba lagi,” luah Naim.

Naim juga dilihat membalas komen para peminat yang mempersetujui penulisannya itu.



“Berdoa itu memang wajib. Tapi kalau berdoa tanpa sebarang usaha sia-sia saja. Allah pun suruh kita berusaha, tawakal dan berdoa,” komen seorang daripada pengguna media sosial.

“Ibarat kereta rosak tengah jalan, tak payah panggil tow truck, baca ruqyah saja pada kereta itu,” komen balas Naim.

Terdahulu, ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz supaya sentiasa berdoa kepada Allah SWT dan tidak seharusnya diajar untuk menghadapi kekalahan. Wc

Giliran Naim Daniel hentak kenyataan Nik Abduh?




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Uyaina dikecam pakaian macam rahib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker