Guna batang besi kait layang-layang, kanak-kanak maut kena renjatan elektrik



Guna batang besi kait layang-layang, kanak-kanak maut kena renjatan elektrik. Seorang kanak-kanak lelaki melecur separuh badan sebelum disahkan maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Tembiluk, Mengkabong, pada Jumaat.

Difahamkan, dalam kejadian jam 12.45 tengah hari, mangsa yang berusia 10 tahun itu cuba mengambil layang-layangnya yang tersangkut pada tiang elektrik di kawasan tanah lapang bekas sawah padi.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bersama rakannya bermain layang-layang di kawasan itu.

“Bagaimanapun, layang-layang itu tersangkut menyebabkan mangsa bertindak menggunakan batang besi untuk mengait layang-layang itu sebelum terkena renjatan elektrik dan terus tidak sedarkan diri.

“Bapa mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh adik iparnya yang melihat mangsa terbaring di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.




Mangsa dikatakan cuba mengambil layang-layangnya yang tersangkut pada tiang elektrik di kawasan tanah lapang bekas sawah padi.

Mohd Hamizi berkata, mangsa yang melecur separuh badan kemudian disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Wad Kecemasan Hospital Tuaran.

“Mayat mangsa ditempatkan di Unit Forensik Hospital Tuaran bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sebelum proses bedah siasat.

“Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati tiada tanda-tanda mencurigakan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan penuh bedah siasat diperoleh,” katanya.

Sementara itu, beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak sepanjang tempoh tidak bersekolah bagi memastikan mereka tidak melakukan aktiviti yang mengancam keselamatan diri.




Guna batang besi kait layang-layang, kanak-kanak maut kena renjatan elektrik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO bakal tinggalkan kerajaan PN

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.