Janna Nick hentam YB mana tu?

Janna Nick hentam YB mana tu?

Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick bersetuju dengan kempen naikkan benda putih tanda meminta bantuan dan ingin meneruskan kempen inistiatif ini bagi membantu rakyat yang sedang menderita.

Pertolongan daripada golongan selebriti ini, bukanlah niat untuk mengganti wakil rakyat tapi sekadar ingin meringankan beban rakyat.

Antara inisiatif yang dibuat oleh rakyat dengan mengibarkan bendera putih di rumah sedikit sebanyak dapat membuka mata pihak di luar sana bahawa terdapat rakyat yang memerlukan bantuan ekoran tersepit dengan masalah kewangan di kala pandemik ini.

Pelakon Janna Nick telah meminta kepada semua pengikut laman Instagramnya untuk tidak malu mengibarkan bendera putih di rumah sebagai tanda meminta pertolongan kerana akan ada pihak yang membantu dan malahan dia sendiri akan turun padang menbantu jika perlu.

“Tak kira lah bantuan keperluan / emosi, kami disini sedia membantu,” ujar pelakon ini di media sosialnya

Menerusi laman Instagram miliknya, Janna Nick didakwa telah menyelar beberapa tindakan ahli politik yang sekadar berbalah sesama mereka demi kepentingan sendiri tanpa memikirkan keadaan rakyat.

“Pedulikan politik & perbalahan mereka, ini kempen inisiatif rakyat

“Bukan agenda politikus, we stand together,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial miliknya.

Umum mengetahui dakwaan yang dilemparkan kepada seorang bekas timbalan menteri yang juga merupakan ahli parlimen di Pulau Pinang yang didakwa menunggang kempen bendera putih yang dilaksanakan oleh rakyat untuk rakyat.

Perkara ini boleh dilihat apabila YB tersebut juga didakwa memasang sendiri bendera berkenaan dan telah tular gambar YB berkenaan yang memegang bendera putih bersama seorang lelaki yang memakai baju merah.

Seperti yang kita sedia maklum, bukan Janna Nick saja yang tampil menyuarakan kempen bendera putih ini, terdapat beberapa golongan selebiriti lain yang turut memberi sokongan dan menurut mereka mengibar bendera putih bukanlah untuk menyatakan kegagalan kerajaan atau ahli politik tapi sekadar tanda berjuang untuk teruskan hidup.

#kita jaga kita #rakyat jaga rakyat

“ Bendera Putih bukan tanda kegagalan, tapi tanda “berjuang” untuk meneruskan kehidupan

“Jangan ego dan malu,” ujar pelakon ini di media sosialnya.

Dakwaan ini sedang hangat berlegar di laman media sosial namun sejauh mana kebenaran tidak dapat dipastikan.

Sehubungan dengan itu pelbagai spekulasi dan andaian timbul adakah hantaran yang dibuat oleh Janna Nick ditujukan buat individu yang sama?

Selain itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu ini berharap agar semua pengikut laman instagramnya untuk kekal bertahan dalam situasi yang sulit sekarang ini dan tidak melakukan perkara yang diluar jangkaan. Wc

Janna Nick hentam YB mana tu?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zarina Anjoulie nak saman pegawai polis wanita

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker