Penerima vaksin AstraZeneca dapat tarikh dos kedua

Penerima vaksin AstraZeneca dapat tarikh dos kedua

Ramai meluahkan rasa teruja dan lega selepas mendapat tarikh janji temu bagi dos kedua vaksin AstraZeneca.

Ia susulan pengumuman Putrajaya yang bersetuju untuk mempercepatkan suntikan dos kedua vaksin AstraZeneca daripada 12 minggu kepada sembilan minggu.

Menerusi tinjauan di laman sosial Twitter juga mendapati, tanda pagar AstraZeneca dan MySejahtera menjadi “trending” sejak tengah malam tadi.

Seorang warganet dengan nama akaun @najaizzati teruja selepas mendapat temujanji kedua vaksin AstraZeneca selepas enam jam selesai mengambil dos pertama.

“Baru lepas enam jam selesai dos pertama vaksin AstraZeneca, dah dapat temujanji untuk dos kedua. Laju kemaskini,” ciapnya.

Seorang lagi netizen dikenali sebagai @nizambakeri meminta orang ramai turut menyemak temu janji selepas dia juga turut mendapat tarikh untuk dos kedua.

“Siapa yang dapat vaksin AstraZeneca batch pertama, boleh semak Mysejahtera. Saya dah dapat tarikh untuk dos kedua.”

Bagaimanapun, ada juga warganet yang meluahkan rasa kesal kerana masih belum mendapat tarikh janji temu vaksinasi walaupun telah mendaftar sejak Februari lalu.

“Temu janji saya mana? Dah banyak kali saya kemaskini Mysejahtera, masih juga di ‘assessment’..” menurut ciapan @AnitalV2.

“Hi, macam mana ni, dos pertama belum dapat lagi, saya dah daftar dari bulan Februari, orang lain semua dan dapat dos kedua, saya dos pertama pun belum,” kata warganet dengan nama @FazlianaEzatul.

Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mengumumkan tempoh menunggu untuk suntikan kedua bagi mereka yang telah menerima vaksin AstraZeneca telah dipendekkan daripada 12 kepada sembilan minggu sahaja.

Keputusan itu dibuat selepas mendapat saranan daripada Kumpulan Kerja Teknikal Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV). FMT

Penerima vaksin AstraZeneca dapat tarikh dos kedua


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bantu segera, sebelum ramai bunuh diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker