Suami isteri maut, bayi cedera kemalangan 3 kenderaan
Suami isteri maut, bayi cedera kemalangan 3 kenderaan

KOTA TINGGI: Sepasang suami isteri maut, manakala bayi mereka berusia enam bulan cedera apabila Perodua Myvi dinaiki mereka terbabit kemalangan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 54.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini, hari ini.
Pemandu kereta itu, Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24, dan isteri, Nur Fatihah Othman, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala bayi mereka, Nur Laylaa Batrysha, cedera di kepala.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata nahas kira-kira jam 1.30 tengah hari itu membabitkan Perodua Myvi dinaiki tiga beranak berkenaan, sebuah kereta jenis Toyota Vios dan lori.
“Kemalangan berlaku apabila Perodua Myvi itu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah lori kelapa sawit tanpa muatan.
“Serpihan kenderaan akibat kemalangan itu kemudian terkena pada Toyota Vios,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Yusof berkata, nahas itu meragut nyawa pemandu serta penumpang hadapan Perodua Myvi terbabit.
Beliau berkata, penumpang belakang yang juga bayi perempuan duduk di kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kereta itu pula cedera di kepala dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi.
Bagaimanapun, pemandu lori berusia 47 tahun dilaporkan hanya cedera ringan, manakala lelaki berumur 46 tahun yang memandu Toyota Vios tidak cedera.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Suami isteri maut, bayi cedera kemalangan 3 kenderaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.