Kebakaran ancam Baitulmuqaddis, 10,000 penduduk Israel berpindah

Sebaran :

Kebakaran ancam Baitulmuqaddis, 10,000 penduduk Israel berpindah

BAITULMUQADDIS – Hampir 10,000 penduduk Israel yang tinggal berdekatan Baitulmuqaddis terpaksa berpindah keluar apabila kebakaran hutan terbesar di pinggir kota tersebut menjadi semakin marak petang semalam, lapor akhbar Times Of Israel.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Setakat petang semalam, pasukan bomba masih bertungkus-lumus mengawal api sehingga waktu malam bagi memastikan kebakaran tidak merebak dengan lebih meluas.

Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet yang meluangkan masa mengunjungi lokasi kebakaran memberitahu, pihak berkuasa akan dapat memadamkan kebakaran itu, namun ia mengambil sedikit masa.

“Ia belum berakhir sebelum kebakaran ini sudah dipadamkan sepenuhnya,” ujar Bennet.

Komander Daerah Bomba dan Penyelamat Baitulmuqaddis, Nissim Twito berkata, terdapat 60 hingga 70 pasukan bomba bersama 12 pesawat serta helikopter dikerahkan ke lokasi bencana.

Seorang pegawai bomba dan penyelamat yang tidak mahu identitinya didedahkan memberitahu bahawa kebakaran besar itu mungkin disebabkan perbuatan manusia.

Pegawai itu bagaimanapun tidak pasti adakah kebakaran itu disebabkan khianat atau kecuaian lain.

Insiden kebakaran hutan ini adalah kejadian kedua yang berlaku dalam bulan ini di Baitulmuqaddis. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kebakaran ancam Baitulmuqaddis, 10,000 penduduk Israel berpindah

Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM


Sebaran :

Leave a Reply