Kes ‘brought in dead’ meningkat 7 kali ganda

Kes ‘brought in dead’ meningkat 7 kali ganda. Sebanyak 4,856 daripada 5,327 kematian akibat Covid-19 berlaku dalam tempoh Januari hingga 2 Julai 2021, dengan 13.8% melibatkan kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 670 kes berkenaan, iaitu “brought in dead” (BID) dilaporkan daripada jumlah kematian setakat hari ini.

Menurutnya, analisis Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan trend kematian meningkat tujuh kali ganda, dari 35 kes pada April menjadi 246 kes pada Jun.

“Kebanyakan kes kematian BID ini adalah dari kumpulan umur 50 hingga 70 tahun (iaitu 76.7%) dengan sekurang-kurangnya satu komorbiditi (64.5%),” katanya dalam kenyataan.

Katanya, tiga negeri merekodkan kes kematian BID tertinggi tahun ini adalah Selangor dengan 181 kes (27.0%), diikuti Kuala Lumpur dengan 78 kes (11.6%), dan Sabah dengan 85 kes (12.7%).

“Orang ramai perlu cakna dalam memantau kesihatan kendiri terutamanya apabila disahkan positif dan berada dalam pemantauan di rumah,” katanya.

Kes ‘brought in dead’ meningkat 7 kali ganda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Parlimen tidak jadi alat politik peribadi, apa jaminan Anwar?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker