Hobi Wanita Ini Rakam 220,000 Gambar Kubur
Hobi Wanita Ini Rakam 220,000 Gambar Kubur
LONDON – Seorang pencinta sejarah yang mempunyai hobi merakam gambar kubur yang ditemuinya berkata, dia berharap mahu mengambil gambar semua kubur yang ada di daerah kelahirannya, Norfolk , lapor laman berita Mirror UK semalam.
Sehingga kini, Lou Cocker, 48, sudah merakam lebih 220,000 gambar batu nisan kubur di lebih 700 tanah perkuburan dan halaman gereja sekitar Norfolk, England.
Cocker berkata, ketika ini dia sudah merakam 70 peratus gambar kubur di Norfolk untuk projek peliknya itu.
Koleksi gambarnya terdiri daripada pelbagai gambar kubur sehinggalah kubur tahun 1600. Wanita itu bersama ibunya juga turut mengaku membersihkan kubur-kubur lama untuk memastikan tulisan pada batu nisan boleh dibaca.
Dia juga menghantar gambar-gambar tersebut kepada laman web sejarah Findmypast untuk membantu orang ramai mengesan ahli keluarga mereka yang ditanam di Norfolk.
“Saya fikir ini sangat penting untuk generasi akan datang supaya mereka boleh mengenal pasti lokasi ahli keluarga mereka ditanam,” katanya.
Tambah wanita itu, hobi peliknya itu bermula 12 tahun lalu ketika dia mula menyiasat salasilah ahli keluarganya.
Cocker mengakui dia berhasrat untuk berkunjung semula ke beberapa buah kubur kelak dan tidak sabar untuk mengembara semula selepas pandemik Covid-19 berakhir untuk melawat tanah perkuburan perang di luar negara. -Agensi
Hobi Wanita Ini Rakam 220,000 Gambar Kubur
Baca Artikel Menarik :
- Bendera putih bukan bererti mengaku kalah
- Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand
- Najwan maklumkan ada sesuatu yang tidak kena dalam AMK
- Mila Jirin ajak rakan niaga terus tawakal
- Lelaki Ini Kibarkan Bendera Mohon Bantuan Demi Anak Dan Isteri Tapi Tak Disangka [VIDEO]
- Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
Layari Laman Facebook MYKMU
Lelaki Gali Kubur, Tanam Diri Sendiri Kerana Terdengar ‘Bisikan’…Misteri Nusantara
You must be logged in to post a comment.